More
    Home Lain-lain Jambatan Batang Lupar satu lagi mercu kebanggaan Sarawak bakal tarik perhatian pelancong

    Jambatan Batang Lupar satu lagi mercu kebanggaan Sarawak bakal tarik perhatian pelancong

    SEBUYAU, 12 JANUARI 2021 (SNN) : Pembinaan Jambatan Batang Lupar sepanjang 5.1 Kilometer dengan kos berjumlah RM848 juta itu kelak bakal menjadi mercu tanda bagi negeri Sarawak serta akan menarik perhatian para pelancong.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi semasa melakukan lawatan ke tapak projek berkenaan berkata, pada 18 Januari 2021 ini ‘Majlis Pecah Tanah’ yang akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjadi bukti kerajaan Sarawak merealisasikan penyediaan kemudahan jambatan itu dengan dana kerajaan negeri sendiri selepas pembatalan projek pembinaannya oleh Kerajaan Persekutuan (Pakatan Harapan) ketika itu.

    “Pada awalnya projek ini adalah kerjasama dengan kerajaan persekutuan dengan kos sebanyak RM1 Billion namun selepas pembatalannya kerajaan negeri Sarawak berjaya mengurangkan kos kepada RM848 juta dengan dana kerajaan negeri sendiri bagi meneruskan projek berkenaan dengan mengambil kira segala aspek pembinaan dan keselamatan.

    “Pembinaan Jambatan Batang Lupar ini kelak akan dilaksanakan oleh dua kontraktor berasingan iaitu melibatkan kontraktor pembinaan struktur jambatan dan satu lagi kontraktor menyiapkan jalan penghubung ke jambatan tersebut,” katanya ketika ditemui media di tapak pembinaan projek berhampiran Pangkalan Feri Sebuyau-Triso pada Ahad.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, siapnya jambatan ini kelak akan menjadi jambatan terpanjang di Sarawak dan Malaysia yang merentasi sungai.

    Sementara itu, beliau meminta agar semua pihak khusushya penduduk di sekitar Sebuyau dapat memberi kerjasama yang baik kepada kontraktor bagi mempercepatkan proses pembinaan jambatan itu kelak.

    Ujarnya lagi, pihak kontraktor yang terpilih juga diharapkan agar dapat melaksanakan kerja-kerja pembinaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

    Datuk Julaihi Narawi menunjukkan kepada media gambaran jambatan apabila siap kelak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...