More
    Home Lain-lain Buaya Sungai Meranek kembali mengganas seorang remaja menjadi korban

    Buaya Sungai Meranek kembali mengganas seorang remaja menjadi korban

    SAMARAHAN, 12 JANUARI 2021 (SNN): Tidak lama selepas kejadian remaja dibaham buaya penghujung tahun lalu kini seorang lagi remaja berusia 28 tahun menjadi korban serangan sang bedal tersebut di lokasi yang sama iaitu Sungai Meranek, hari ini.

    Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.45 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi.

    “Sebaik tiba dilokasi, Komander Operasi, PBK II Nurzainuldin Marzukie mengesahkan kejadian sebelum menggerakkan aset untuk membuka Pos Kawalan Bomba (PKB) bagi memulakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa.

    “Laporan awal yang diterima memberitahu, pengadu iaitu adik kepada mangsa menjelaskan bahawa abang dan bapanya, Azhar Razali keluar ke sungai sekitar jam 3.45 pagi.

    “Namun pada jam 4.15 pagi, bapanya pulang ke rumah dan memberitahu bahawa abang kepada pengadu telah disambar buaya dan hilang dalam sungai,”katanya dalam satu kenyataan.

    Mangsa, Azyan Azhar, 28 tahun dikatakan telah hilang selepas disambar buaya pada awal pagi tadi dan hanya pakaian mangsa yang dapat dijumpai setakat operasi SAR dimulakan hari ini.

    Mangsa yang dikatakan telah disambar buaya sebelum diseret ke dalam sungai

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...