Sukan E-Sport PUBG Mobile dapat memupuk semangat keperwiraan dalam belia-Pengurus Besar AKYBMS

0
152
Anjuran seperti ini diharap dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta-Datu Sanib

KUCHING, 26 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Perasmian anjuran SAMArindok PUBG Mobile SARAMEDIA-AKYBMS 2020 oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS yang telah disempurnakan pada semalam sekaligus sebagai tanda menyahut sambutan kerajaan dalam memperkasakan sukan e-sport sebagai bidang sukan baharu dalam dunia sukan.

Tidak asing lagi pada zaman sekarang sukan e-sport memang menjadi tumpuan kebanyakan belia di negara ini dan salah satu usaha yang dianjurkan oleh AKYMBS ini adalah untuk menarik minat belia di negeri ini untuk turut serta dalam mengetengahkan sukan ini sebagai sukan yang memberi impak positif.

Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said dalam ucapan pelancaran SAMArindok PUBG Mobile SARAMEDIA-AKYBMS pada semalam berkata, permainan berkonsepkan perang itu dapat memupuk unsur positif seperti semangat keperwiraan walaupun berbeza pada zaman dahulu iaitu secara realiti namun konsepnya adalah lebih kurang sama lebih kepada digital.

Tambah beliau, penganjuran itu turut memberi kesan dengan menunjukkan setiap hari itu adalah bermakna dengan konsep setiap tugasan itu perlu diselesaikan dengan baik sepertimana PUBG Mobile itu tugasan dalam permainan harus dilaksanakan sehingga habis permainan untuk meraih kemenangan dalam kumpulan.

Anjuran pada kali ini yang diadakan bermula 25-26 September 2020 menyaksikan seramai 128 skuad dari seluruh negeri Sarawak menyertai acara ini yang mana telah dipecahkan kepada 8 kumpulan mengikut nama negeri-negeri Melayu lama. Pada akhir perlawanan ini nanti pemenang-pemenang mengikut kategori ditetapkan akan membawa hadiah keseluruhan bernilai RM5,000 beserta trofi dan sijil.

Senarai skuad dan pasukan yang ikut bertanding dalam anjuran kali ini

Harapan dari pihak penganjur khususnya pengurus besar AKYBMS agar penganjuran seperti ini dapat memberikan impak yang baik kepada para belia seperti semangat cintakan negara, bersatu padu mempertahankan tanah air selain membentuk belia yang sentiasa mengamalkan strategi-strageti dalam menyiapkan setiap tugasan agar mencapai kecermelangan dalam hidup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here