More
    Home Sarawak Samarahan PDRM Buktikan Keunggulan Juara Bertahan

    PDRM Buktikan Keunggulan Juara Bertahan

    Kota Samarahan, 14 Mac 2020 (SNN) : Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuktikan kehebatan mereka sekali lagi selaku juara bertahan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak pada edisi kali ini.

    Dengan jumlah kutipan 19 pingat emas, 26 perak dan 13 gangsa, PDRM menewaskan 16 lagi pasukan lain yang turut serta di dalam kejohanan selama dua hari tersebut yang dilangsungkan pada 6 sehingga 7 Mac 2020 yang lalu.

    Pasukan Pendidikan berada di kedudukan kedua keseluruhan setelah memperolehi 17 emas, 6 perak dan 23 gangsa manakala pasukan tuan rumah iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di tempat ketiga keseluruhan dengan 12 emas, 12 perak dan 9 gangsa.

    Johan Kategori Wanita dimenangi oleh Pasukan Pendidikan dengan memperolehi 10 emas, 2 perak dan 3 gangsa manakala PDRM turut menjadi Juara Kategori Lelaki dengan membawa pulang 12 emas, 13 perak dan 7 gangsa.

    Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kejohanan disapu bersih oleh pasukan Pendidikan apabila Choo Thiam Choy (Lelaki Master) dan Mohammad Safazzuan Sazuki (Lelaki Junior Veteran) memenangi Anugerah Olahragawan Kejohanan manakala Anugerah Olahragawati Kejohanan menjadi milik Sharon Kezia Leela Sanjivee Sundararaj (Wanita Senior Veteran).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Matu serah bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Matu

    0
    MATU, 23 JANUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD) Matu dalam usaha menghulurkan bantuan kepada kira-kira 16,000 ribu mangsa banjir yang terjejas...