More
    Home Malaysia Semua 7 anak berjaya ke universiti, ini rahsia Saad dan isteri

    Semua 7 anak berjaya ke universiti, ini rahsia Saad dan isteri

    Pontian : “Kami dan isteri akui kesemua tujuh anak lelaki berjaya melanjutkan pengajiannya ke menara gading berkat patuh kepada ibu bapa dan agama,” kata Saad Haron, 70.

    Bapa kepada tujuh anak dan mempunyai tujuh cucu itu berkata, dia bersyukur kesemua anak lelaki berjaya menamatkan pengajiannya hingga ke menara gading.

    Katanya, anak bukan sekadar anugerah atau penyejuk mata, malah amanah berharga dari Allah SWT yang wajib dijaga dan dididik dengan penuh kasih sayang.

    “Ilmu adalah pelaburan utama dalam kehidupan, tanggungjawab ini sangat besar dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    “Saya dan isteri Endok Esek Ismail, 66, bertekad membina institusi keluarga yang harmoni terutamanya apabila membabitkan kebajikan, pendidikan dan masa depan semua anak,” katanya ditemui di kediamannya di Taman Desa Seri Ara, Pontian Besar, di sini.

    Pesara kerajaan itu berkata, apa jua cabaran dalam membesarkan anak perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran, terima saja hakikat dengan ikhlas.

    Katanya, anak sulung Hasnul Syahren, 41, memiliki Ijazah Sarjana Muda Kualiti Pengurusan Universiti Tun Abd Razak (UNITAR) manakala anak kedua Hasyirul Syahmie, 39, adalah lulusan Ijazah Kejuruteraan Automotif Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

    Anak ketiga, Hafizul Syahfiq, 37, Ijazah Sarjana Muda Farmasi KPJ Universiti Kolej Nilai; anak keempat Haikal Syahzani, 34, Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Universiti Malaya (UM), anak kelima, Mohd Hamka Syahqib, 31, Sarjana Kejuruteraan Elektrik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

    Anak keenam, Muhammad Haniff Syaufi, 27, lulusan Sarjana Muda Animasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana manakala anak ketujuh, Muhammad Hafiy Syazuan, 26, lulusan Sarjana Muda Penyiaran UiTM Rembau.

    Saad berkata, kejayaan semua anak lelaki itu bukan saja patuh kepada kedua ibu bapa, namun tidak lalai dalam melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah.

    Selain itu, mereka masing-masing mengulang kaji pelajaran dalam usaha untuk mencapai cita-cita yang diimpikan

    “Semua anak sudah mempunyai pekerjaan, lima di sektor swasta dan dua sebagai penjawat awam,” katanya.

    Ditanya petua yang boleh dikongsi di atas kejayaan semua anaknya, Saad berkata, selain mengasihi semua anak, faktor utama adalah memberi pendidikan agama sepenuhnya.

    “Selain itu, kami bertekad semua anak wajib khatam al-Quran dalam usia kecil dan masa sama sering berpesan hormat kepada guru sebelum pergi ke sekolah.

    “Lebih mengharukan, rakan-rakan sering memberi ucap tahniah, syukur, semua ‘hero’ masing-masing berjaya dalam pelajaran,” katanya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Former Tahfiz Student From Selangor Graduates In US

    0
    Muhammad Izzahan Isman earned a Bachelor of Economics degree under MARA's Young Talent Development Programme (YTP). For many students, graduating university is already a significant...