More
    Home Sarawak Samarahan Warga UNIMAS Semarakkan Pelancaran Read@UNI, Program Read@UNIMAS (Peringkat Universiti) “Enhance your Knowledge”

    Warga UNIMAS Semarakkan Pelancaran Read@UNI, Program Read@UNIMAS (Peringkat Universiti) “Enhance your Knowledge”

    Kota Samarahan, 2 Julai 2019 (SNN) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini melancarkan Program Read@ UNIMAS yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS.  Majlis pelancaran ini telah berlangsung di DETAR Putra, UNIMAS pagi tadi serta dihadiri oleh seluruh warga UNIMAS yang juga turut sama  meraikan Program Ngabang Raya UNIMAS. 

    Program Read@UNIMAS adalah selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyemarakkan Kempen Membaca Kebangsaan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020 seperti dihasratkan oleh YB Dr Mazlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, menjelang Dekad Membaca 2030.  Program Read@UNIMAS adalah juga antara program-program Read@Uni yang turut disertai oleh semua IPTA di Malaysia bermula 29 November 2018.

    Program Read@UNIMAS Peringkat Universiti Malaysia Sarawak dengan slogan “Enhance Your Knowledge” merupakan satu program yang melibatkan seluruh warga UNIMAS dan juga masyarakat setempat terutamanya sekolah rendah dan sekolah menengah yang berdekatan. UNIMAS juga turut melibatkan pelajar pendidikan khas iaitu pelajar-pelajar kelainan upaya di dalam program ini.  

    Program ini turut diisi dengan pelbagai program santai dan ilmiah bagi menggalakkan keterlibatan seluruh warga Lebih 21 program telah dijalankan dan bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2019 melibatkan semua Fakulti dan Pusat Tanggungjawab di UNIMAS.

    Selain itu juga antara kemuncak Program Read@UNIMAS ialah Penyampaian hadiah pertandingan ‘Sapa Champion Juh Nulis Esei 2019’ yang bermula pada 12 Mac 2019 sehingga 15 Jun 2019. Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif galakan membaca dan menulis kepada warga UNIMAS untuk berkongsi mengenai gaya hidup mereka melalui pembacaan.

    Pemenang Pertama :
    Cik Fallisca Evon Anak Berek (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)

    Pemenang Kedua :
    En Muhammad Syazani Bin Suhaimi (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)

    Pemenang Ketiga:
    Haji Valentino Abu Bakar (Pusat Khidmat Maklumat Akademik)

    UNIMAS akan terus menyokong dan menggiatkan usaha-usaha ke arah menyemarakkan lagi minat dan budaya membaca serta menulis dalam kalangan warganya untuk terus menjadi warga membaca warga berilmu.

    Pelancaran Read@UNI Institusi Pengajian Tinggi oleh Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik pada 29 November 2018 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...