Kuching (9 Julai): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Majlis Doa Selamat pada 7 Julai 2026 di Surau Wisma Melayu Sarawak bersama para pelajar dan guru dari Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang.

Majlis ini mencatatkan detik bersejarah apabila laungan azan berkumandang buat pertama kalinya di Wisma Melayu Sarawak. Peristiwa ini menandakan bermulanya pengimarahan institusi tersebut sebagai sebuah pusat yang bukan sahaja memartabatkan warisan dan budaya Melayu Sarawak, malah turut menjadi wadah pengukuhan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan keberkatan. Selain bacaan doa selamat, para hadirin turut menunaikan solat berjemaah serta berpeluang mengeratkan silaturahim.

AKYBMS berharap agar Wisma Melayu Sarawak terus menjadi pusat pemerkasaan ilmu, budaya, dan pembangunan masyarakat Melayu Sarawak. Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. – Sumber dari AKYBMS

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here