More
    Home Sarawak Bintulu Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Lawat Tapak Pembinaan Jambatan Jepak

    Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Lawat Tapak Pembinaan Jambatan Jepak

    BINTULU, 02 Julai 2019 (SNN)- Siang tadi Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Haji Narawi mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan jambatan Jepak, Bintulu menyeberangi Kuala Kemena Bintulu.

    Ini merupakan sebuah lagi komponen jaringan jalan pesisir yg terputus (missing link) yang dibina oleh Kerajaan GPS Sarawak.

    Jambatan ikonik ini merentasi Batang Kemena di Bintulu-Jepak dianggarkan sepanjang 1,048 meter dengan jalan empat lorong dan jambatan yang lengkap dengan jejantas di atas persimpangan trafik Jalan Tun Ahmad Zaidi, Jalan Tun Razak dan Jalan Abang Galau. Seterusnya ditambah dengan sebuah jalan penghubung yang dianggar sepanjang empat kilomter. Projek ini dijangka siap pada 2 April 2023 dengan tempoh kontrak adalah selama 48 bulan bermula dari 3 April 2019.

    Hadir bersama Datuk Julaihi Narawi , Menteri Muda Jalan Pesisir dalam lawatan kerja pada hari ini ialah Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pengangkutan (MIDT) Sarawak, Datu Safri Zainudin, Residen Bintulu Jack Aman, Jurutera JKR Bhg Bintulu Lau Pit Hwa, JKR HQ CSTRU Penolong Pengarah John Aten, Penolong Pengarah Corp Communication Itin Langit, Jurutera Kanan CSTRU Roland Ting, Project Manager & Jurutera Projek Liu Yong Hui & Steve Ting dari Kontraktor PPES WORKS CCCC JV, Huang Hong Kiat dari OPUS Consultant, Yang Ching Hiat dari Consultant Konsortium Malaysia Kuching.

    Julaihi Narawi diberikan taklimat ringkas berkenaan perkembangan pembinaan Jepak semasa lawatan kerja beliau hari ini ke tapak projek
    Kampung Jepak, Bintulu

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...