Perlaksanaan Projek RTP Kampung Empelam, Kabong Berjalan Lancar

0
2145
Mohd Chee Kadir bergambar selepas melakukan lawatan tapak ke Projek Naiktaraf Jalan Kampung Empelam. di Daerah Kabong hari ini

Kabong, 04 Julai 2019 (SNN)- Perlaksanaan projek RTP Kampung Empelam berjalan lancar, dan dijangka siap sepenuhnya minggu hadapan. Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir (ADUN N.40 Kabong) hari ini melakukan lawatan tapak ke Projek Naiktaraf Jalan Kampung Empelam, di Daerah Kabong bermula jam 10.30 pagi bagi meninjau perkembangan projek tersebut. Pada sesi lawatan tersebut Mohd Chee Kadir berpuas hati dengan projek yang bernilai kira-kira RM250,000 tersebut.

Projek Naiktaraf Jalan Kampung Empelam ini nanti bakal memberikan faedah dan kemudahan kepada penduduk yang berulang alik menggunakan laluan berkenaan setiap hari. Projek Naiktaraf Jalan Kampung Empelam ini merupakan salah satu Projek RTP 2019 di bawah ADUN N.40 Kabong.

RTP yang diperkenalkan mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 2014 pada mulanya hanya diberikan kepada ADUN bagaimanapun bermula tahun 2018 ia diperluaskan kepada Ahli Parlimen selepas Kerajaan Persekutuan diambil alih Pakatan Harapan (PH) ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei 2018.

Projek Naiktaraf Jalan Kampung Empelam ini nanti bakal memberikan faedah dan kemudahan kepada penduduk yang berulang alik menggunakan laluan berkenaan setiap hari
 

Bermula tahun 2018, Ahli Parlimen GPS diperuntukan RM5 juta jumlah yang sama diberikan kepada ADUN GPS. Selain itu Ahli Parlimen GPS mendapat peruntukan RM200,000 setahun daripada kerajaan negeri bagi mengurus pusat khidmat masing-masing.

RTP dilaksanakan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi fokus kepada transformasi pembangunan luar bandar, dan di Sarawak RTP merupakan usaha kerajaan negeri untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek infrastruktur luar bandar menggunakan dana sendiri.

Antara jenis-jenis projek yang dilaksanakan di bawah RTP ialah bina baru dan naik taraf jalan raya, jambatan, perparitan, naik taraf dan baik pulih sekolah dan klinik kesihatan, kemudahan sukan seperti padang futsal, gelanggang, mini stadium serta bina baru dan naik taraf rumah-rumah ibadat.

Setiap Projek RTP ini akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana yang terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Sarawak.

Mohd Chee Kadir diberikan taklimat ringkas tentang perkembangan projek RTP naiktaraf jalan Kampung Empelam yang dijangka siap sepenuhnya minggu hadapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here