Universiti Malaysia Sarawak Anjur Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019 Sempena Sambutan Hari Pentadbir 2019

0
631
Seramai 170 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sarawak telah menghadiri Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019 di Sri Aman baru-baru ini.

Sri Aman, 20 Ogos 2019 (SNN)-  Seramai 170 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sarawak telah menghadiri Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019. Konvensyen yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Pentadbir 2019 tersebut telah diadakan selama 3 hari (16 hingga 18 Ogos 2109) bertempat di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman.

Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019 yang dianjurkan oleh Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UNIMAS ini telah dirasmikan oleh Ybhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak.

Penganjuran konvensyen ini telah berjaya menghimpunkan barisan Pengurusan dan Profesional UNIMAS di bawah satu bumbung bagi meningkatkan kerjasama di kalangan pegawai-pegawai UNIMAS yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta skim penjawatan yang berbeza.

Selain itu, konvesyen ini telah menjadi pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan penyampaian aspirasi dan perancangan Universiti di antara Pengurusan UNIMAS dan pegawai-pegawai di UNIMAS serta membantu meningkatkan kefahaman pegawai P&P kepada kepentingan fungsi dan peranan mereka di dalam menjayakan pelan strategik UNIMAS.

Konvensyen ini juga telah membuka peluang kepada pegawai-pegawai pengurusan dan profesional UNIMAS untuk mengetengahkan input dalam merangka tindakan bersama yang signifikan dengan peranan mereka dalam perlaksanaan Pelan Strategik UNIMAS sedia ada dan bagi tujuan persediaan kepada Pelan Strategik Universiti yang seterusnya.

Antara panel yang turut hadir untuk pengisi sesi pleno Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019 adalah YBhg Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), En Henry Tening Ak Sengeng, Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Mazlan Kiflie, Bendahari UNIMAS, Tuan Haji Azlan Ramli, Pengarah UNIMAS Global, Prof Madya Dr Tarmiji bin Masron, Pengarah Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti Dan Risiko, Puan Noraziah Binti Abdul Wahab Pengarah Bahagian Keterlibatan Industri Dan Transformasi Komuniti  dan Prof Madya Dr Rohaya binti Mohd Nor, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019 dirasmikan Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi.
Aktiviti tanggungjawab sosial di SK Bakong.    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here