More
    Home Sarawak Samarahan UNIMAS tangguh kemasukan pelajar sesi 2020/2021

    UNIMAS tangguh kemasukan pelajar sesi 2020/2021

    KOTA SAMARAHAN, 16 OKTOBER 2020 (SNN) : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil keputusan untuk menangguh semua kemasukan pelajar bagi sesi 2020/2021 ekoran perkembangan terkini berkenaan penularan wabak Covid-19.

    Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Bin Suadi melalui satu kenyataan rasmi pada Khamis menyatakan pihaknya membuat keputusan penangguhan ekoran penularan gelombang wabak covid-19 melanda negara sekaligus memastikan agar semua pelajar dalam keadaan selamat dan sejahtera.

    Ujar beliau, walau bagaimanapun pihak UNIMAS mewajibkan kesemua pelajarnya untuk mendaftar masuk menggunakan aplikasi UNIMAS WeCare setiap hari bagi memastikan keberadaan setiap pelajar ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Sarawakku Sayang (SKS) Singgah di Sibu

    0
    SIBU (10 Julai): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Sibu petang tadi bersama konvoi motosikal dari Jambatan Batang...