Beri peluang kontraktor bumiputera laksana projek kerajaan

0
69
Datuk Julaihi menerima buku senarai jalan kerja sepanjang bengkel itu diadakan

KUCHING, 16 OKTOBER 2020 (SNN) : Kerajaan komited merealisasikan dan menyiapkan projek mengikut masa yang telah ditetapkan bagi meningkatkan fasiliti kemudahan di kawasan yang telah dirancang.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, agensi kerajaan yang ditugaskan untuk membuka tender kontraktor diminta laksana polisi kerajaan dengan telus iaitu memastikan 30 peratus kontraktor bumiputera menyertai laksana projek kerajaan.

“Kita perlu mendapatkan penyertaan 30 peratus kontraktor bumiputera agar dapat membantu mereka untuk berkembang dan melangkah lebih jauh.

“Kontraktor bumiputera juga harus mempunyai bahagian dari pai dan kita harus melaksanakan dasar kerajaan itu jika tidak mahu ianya menjadi bahan jenaka oleh pihak pembangkang,” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup bengkel pengurusan projek kerajaan negeri di Hotel UCSI, Kuching, semalam.

Beliau turut menggesa agar proses pemilihan kontraktor dilaksanakan dengan lebih ketat ketika melantik mereka untuk laksanakan projek kerajaan bagi mengelak projek lambat siap atau tidak mengikut standard yang ditetapkan.

Tambahnya, beliau turut berharap agar graduan baharu untuk turut mengambil peluang menjadi kontraktor dan bukannya hanya mengejar pekerjaan di agensi kerajaan.

“Kami mempunyai banyak lulusan baru di pasaran dan inilah masa yang sesuai untuk mereka menjadi kontraktor daripada menunggu peluang panggilan kerjaya di Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya.

Ujar beliau, kita harus mendorong mereka yang baru berjinak dengan kerjaya sebagai kontraktor dan itu adalah lebih baik daripada melihat mereka terus menganggur disamping kita sediakan latihan teknikal bagi masa depan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here