More
    Home Lain-lain Kaum wanita sertai kursus membuat kuih bantu miliki perniagaan sendiri

    Kaum wanita sertai kursus membuat kuih bantu miliki perniagaan sendiri

    KUCHING, 15 OKTOBER 2020 (SNN) : Para wanita dari Taman Sepakat Jaya, Demak Laut sertai kursus membuat ‘Fresh Cream Cake’ anjuran Kolej Komuniti Santubong baru-baru ini bagi mengembang bakat dalam membuat kuih dan kek.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Aabang Hipni ketika ditemui berkata, Kursus Persijilan Wanita Taman Sepakat Jaya ini meruapakn inisiatif daripada Pusat Khidmat N5 Demak Laut bagi membantu wanita mewujudkan perniagaan sendiri di masa hadapan.

    “Kursus ini disertai oleh 20 orang wanita dari Taman Sepakat Jaya serta penglibatan daripada beberapa buah kampung di sekitar DUN Demak Laut.

    “Tujuan acara seperti ini diajalankan bagi mengasah kemahiran serta membawa kemahiran baru kepada penduduk di DUN Demak Laut seperti kemahiran membuat ‘Fresh Cream Cake’ yang dianjurkan ini,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai anjuran Kursus Pensijilan Wanita Taman Sepakat Jaya yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong, Demak Laut baru-baru ini.

    Antara jenis kek yang dihasilkan oleh peserta kursus

    Beliau menambah, anjuran ini sama seperti yang sebelumnya diadakan tetapi melibatkan belia kawasan DUN Demak Laut iaitu Kursus Pemasangan Penghawa Dingin yang kini dianggap mendapat permintaan dari orang ramai untuk membuat perkhidmatan itu.

    Ujarnya, kursus seperti ini memberi impak yang positif kepada para belia dan kaum wanita lebih-lebih lagi untuk keperluan dan pemasaran masa hadapan.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...