Unimas Catat Sejarah Anjur Seminar Pembudayaan Ilmu 2019

0
549

KOTA SAMARAHAN, 4 Mac 2019 (SNN) – UNIMAS catat sejarah apabila berjaya menganjurkan Seminar Pembudayaan Ilmu 2019  di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS.

Program ini dijayakan dengan kerjasama Pusat Kelestarian Komuniti (USC) dan Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS) dan telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 70 orang pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar Kota Samarahan dan Kuching.

Majlis dirasmikan oleh YBhg Profesor Datu Mohd Fadzil Abd Rahman yang merupakan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UNIMAS. Dalam ucapan diberikan, beliau menekankan betapa pentingnya menguasai segala ilmu. Di samping itu beliau turut mengatakan bahawa pelajar bukan sahaja perlu menguasai ilmu, tetapi juga memahami makna ilmu serta tanggungjawab membudayakannya.

Seminar berimpak tinggi ini juga telah berjaya menampilkan dua penceramah utama iaitu YBhg Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah yang merupakan Pengarah Biro Perkidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dengan tajuk Perkongsian Melalui Program Pendidikan Berasaskan Komuniti dan Tuan Haji Syahrul Nizam Bin Junaini daripada Pusat Pembelajaran Gunaan & Multimedia (CALM), UNIMAS dengan tajuk Penerapan Al-Quran dalam STEM.

Selain ceramah mengenai pembudayaan ilmu, seminar ini turut menganjurkan pameran yang diketuai oleh Pusat Khidmat Maklumat Akademik (CAIS), UNIMAS. Pelbagai bahan bacaan telah dipamerkan. CAIS turut membuka ruang pendaftaran untuk menjadi ahli serta kemudahan-kemudahan yang ditawarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here