More
    Home Sarawak Sarikei Melayu Sarikei tuntut hak adat tanah perkuburan

    Melayu Sarikei tuntut hak adat tanah perkuburan

    SARIKEI, 3 Mac 2019 (SNN) – Masyarakat Melayu dan Muslim di Sarikei telah mula bertindak untuk menuntut tanah hak adat dan domain kawasan bumiputera sebelum terlambat. Pada 3 Mac 2019 Persatuan Anak Sarikei bersama anak buah kampung-kampung di Sarikei telah menganjurkan gotong-royong meneroka semula sebuah perkuburan Islam lama.

    Tanah perkuburan lama ini dikenali sebagai Kampung Naim Che Sena. Penduduknya telah berhijrah ke bandar sehingga tanah perkuburan ini telah terbiar. Setelah ditebas peserta gotong-royong menemui kubur-kubur yang ditandai dengan nisan Islam. Kubur ini kelihatan agak luas dan kedudukannya yang tinggi sangat sesuai untuk diteruskan sebagai tanah perkuburan untuk menampung penduduk Islam yang semakin ramai.

    Salah seorang daripada peserta berkata mereka telah lama memohon tuntutan tapak perkuburan ini kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Namun keputusan muktamad boleh lagi diterima mereka. Mereka menegaskan agar Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan tuntutan hak bumiputera mereka.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...