More
    Home Lain-lain Kes malaria dikesan di Kuching

    Kes malaria dikesan di Kuching

    Kuching, 4 Mac 2019 (SNN)– Kes Malaria telah dikesan di Kuching, justeru penduduk Kuching diingat supaya berhati-hati berikutan terdapatnya satu kejadian  kes  Human Malaria  ( imported ) , iaitu kes yang mana jangkitan dari kawasan luar dikesan berlaku di daerah Kuching yang melibatkan penduduk dari Kampung Desa Wira Lot, Kuching.

    Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, orang ramai yang berasal dari sekitar lokaliti tersebut yang mengalami demam dan menerima rawatan di klinik kesihatan adalah diwajibkan untuk mengambil slaid darah Blood Film for Malaria Parasite (BFMP ) bagi tujuan pengesahan penyakit demam malaria.

    Setiap kes yang positif malaria selepas melalui saringan tersebut hendaklah dimaklumkan segera kepada Pegawai Kesihatan Bahagian di Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

    Sejarah Penyakit Malaria

    Vektor penyebab bagi penyakit malaria ialah nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk). Perkataan malaria sendiri berasal daripada bahasa Itali kuno yang bermaksud udara buruk kerana penyakit ini dikaitkan dengan kawasan paya dan berair (tempat pembiakan nyamuk).Malaria dipercayai mula menjangkiti manusia sejak lebih 50,000 tahun lalu dengan beberapa spesies parasit yang masih boleh ditemui dalam chimpanzi.

    Malaria merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk ke dalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit (merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti.

    Nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk)

    Malaria boleh menyebabkan anaemia akibat kemusnahan sel darah merah. Masalah ini menyebabkan bilangan hemoglobin yang dilepaskan ke dalam sistem peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewat-lewatnya setahun kemudian.

    Antara tanda dan gejala malaria adalah seperti menggigil, demam dan berpeluh, sakit kepala, keletihan, sakit otot, loya dan muntah, anemia, jaundis (kekuningan), sawan serta koma. Malaria boleh menyebabkan komplikasi seperti kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia), jangkitan kuman di lapisan otak (meningitis) dan limpa pecah (rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk.

    Setiap tahun dianggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Di sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. 

    Tiada vaksin khas mencegah malaria. Ubat antimalaria diberi sebagai rawatan pencegahan kepada mereka yang keluar daerah di mana penyakit ini senang merebak . Langkah pencegahan malaria lebih bertumpu kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakannya seperti paya di mana airnya bertakung.

    Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Apa yang penting nasihat dan rawatan awal diperlukan bagi memulihkan pesakit.  Masyarakat juga harus sentiasa peka dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama Pejabat Kesihatan berhubung gejala atau simptom serta langkah pencegahan berkaitan malaria.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...