More
    Home Tuntutan Batu Putih tidak diteruskan ?

    Tuntutan Batu Putih tidak diteruskan ?

    Kuala Lumpur, 20 Mei (SNN) – Perdana Menteri pada hari ini mengumumkan bahawa Malaysia sedang mempertimbangkan untuk tidak meneruskan tuntutan terhadap kawasan Pulau Batu Putih daripada Singapura.

    Menurut beliau terdapat perancangan lain yang difikirkan oleh kerajaan semasa berkenaan dengan isu berkenaan. Katanya, kerajaan lebih berminat untuk membina kawasan di Pulau Batuan Tengah yang telah diputuskan oleh International Court of Justice (ICJ) sebagai milik Malaysia.

    Pada Febuari 2016, Malaysia memfailkan semakan semula tuntutan itu selepas penyelidikan menemui bukti baharu dalam tiga dokumen di Perpustakaan Negara United Kingdom, pada Ogos 2016. Pasukan berkenaan dianggotai oleh Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali bersama tujuh orang pakar dan tiga orang pakar asing.

    Penemuan berkenaan menimbulkan harapan baharu terhadap pihak Malaysia dengan keyakinan terdapat potensi besar ICJ akan membuat keputusan memihak kepada Malaysia dan Singapura bukan sahaja akan kehilangan Batu Puteh, malah Tubir Selatan dan Batuan Tengah.

    Lakaran kedudkan dan jarak Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura (SUmber: google.com)

    Dalam pada masa yang sama, Kementerian Luar Singapura melaporkan, kerajaan Malaysia telah memaklumkan ICJ untuk membatalkan tuntutan semakan semula dibuat dalam kes Batu Putih pada 28 Mei yang lalu.

    Keputusan ICJ pada 24 Mei 2008, memutuskan bahawa Pulau Batu Putih milik Singapura dan Batuan Tengah milik Malaysia dengan majoriti 12-4.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...