Balak sahaja, bukan belian – Tan Sri James Masing

0
983
TS James Masing berkata isterinya kerugian RM 2000 kerana tiada pokok belian ditemui di kawasan perlesenan.

Kuching, 28 Mei (SNN) – Akhbar portal Sarawak Report pada 2012 bertajuk ‘Spotlight on Masing – Corruption Exclusive‘ pernah menyiarkan laporan mengenai isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing terlibat dengan isu perlesenan pembalakan melibatkan jenis pokok terlindung, pokok Belian.

Laporan berkenaan menyatakan, isterinya Corrinne Buya Nyipa telah mendapat Lesen Pembalakan Belian 3333 meliput sebahagian besar kawasan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) di Baram.

Belian is meant to be a protected species, but we have established that Taib (Abdul Taib Mahmud) has nevertheless been handing out exclusive concessions for the endangered wood to his political allies“, kata akhbar Sarawak Report.

Katanya, konsensi yang bernilai billion ringgit ini adalah kerana kualiti dan harga kayu Belian yang boleh dijual sehingga mencecah RM 40, 000 untuk sepokok. Untuk rekod, isterinya pernah mendapat lesen pembalakan Belian seluas 1,215 hektar di Belaga.

Berkenaan dengan pembalakan di Baram, beliau memaklumkan wartawan FMT (Free Malaysia Today) bahawa tiada Beliau dijumpai dalam kawasan perlesenan Belian isterinya.

Kata TS James Masing, “Upon investigation on the sites, no belian was found. So when the licence expired the following year, it was never renewed“. Tambahnya lagi, “No belian was taken after paying RM 2000 useless belian licence“.

Dakwa portal Sarawak Report lagi, “Masing spoke of his determination to ‘alienate’ double the number of native customary lands from 1 million hectares to 2 million hectares over the coming few year“. Polisi berkenaan diumumkan oleh beliau meskipun kes saman mahkamah telah dikemukan ke atas kerajaan negeri Sarawak semakin meningkat pada ketika itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here