Internet yang laju dan murah – Menteri Komunikasi dan Multimedia

0
196
Dalam menifesto Pakatan Harapan, kadar kelajuan internet yang laju pada kos yang murah merupakan antara komitmen dinyatakan dalam 100 hari pemerintahan.

Kuala Lumpur, 30 Mei (SNN) Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Gobind Singh Deo pada hari ini menyatakan hasrat pihak kerajaan untuk berunding dengan syarikat telekomunikasi bagi meningkatkan kelajuan capaian laman sesawang di Malaysia serta mengurangkan kos penggunaan internet.

Katanya, “Kami melihat dua aspek, yang pertama untuk menggandakan kelajuan internet, jadi kita melihat sama ada kita boleh melakukannya secepat mungkin. Satu lagi adalah mengurangkan kosnya, ia mungkin mempunyai kesan, tetapi kami mempunyai rancangan tertentu dan kami akan berunding bagaimana harga dapat dikurangkan”.

Beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa menifesto berkenaan akan dicapai dan akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan-jabatan di bawah kementerianya.

Untuk rekod, Malaysia kini menggunakan liputan 4G yang mempunyai kadar liputan luas sehingga 74.88% tetapi dengan kadar kelajuan yang rendah iaitu hanya 14.83 Mbps. Berbanding negara-negara lain, Malaysia berada di tempat ke-63 dalam kalangan 189 buah negara.

Kelajuan internet di Malaysia jauh ketinggalan berbanding dua negara ASEAN – Singapore (1) danThailand (29)

Walau bagaimanapun, ia lebih laju berbanding internet di Indonesia (75), Brunei (86), Filifina (87), Kemboja (98), dan Myanmar (118).

Dalam pada masa yang sama, beliau juga menyatakan akan menyemak semula Akta Berita Tidak Benar 2018. Beliau berpendapat, kewujudan akta berkenaan bertindan dengan beberapa akta sedia ada.

Oleh itu, satu jawatankuasa Majlis Media akan ditubuhkan bagi meneliti dan memperbaiki akta berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here