Tun Dr Mahathir Mohamad Akui Sukar Laksanakan 10 Janji 100 Hari

0
533
Tun Dr. Mahathir menyampaikan perutusan 100 Hari

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini mengakui Kerajaan Pakatan Harapan sukar untuk menunaikan Janji 100 Hari yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada bulan Mei lalu.  Beliau telah membuat siaran langsung ucapan khas melalui RTM untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

Tun Mahathir telah menjelaskan dalam memberi penerangan dalam satu Perutusan Perdana Menteri Sempena 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan di Bangunan Putra dengan menyatakan bahawa kerajaan tidak cuba untuk melengah-lengahkan masa untuk melunaskan janji utama.  Menurut Tun Dr Mahathir, di antara satu sebab kesukaran untuk melaksanakan janji PH adalah kekangan disebabkan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama yang memberi impak yang buruk kepada negara. Pihak kerajaan PH tidak pernah menyangka hal ini lebih buruk daripada yang dijangkakan.

Jelasnya, taktik pihak kerajaan yang dahulu adalah menggunakan jabatan kerajaan demi mendapat kepentingan sendiri melalui kerja-kerja parti dan tidak melaksanakan pentadbiran dengan baik sekali.

Tun Mahathir menambah lagi, “Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah hutang bertrillion ringgit, untuk membayar faedah sahaja boleh menjadikan kita muflis. Apatah lagi dengan bayaran hutang pokok yang besar.

Perdana Menteri itu menjelaskan lagi bahawa jika hendak menceritakan kepada rakyat tentang kesalahan pemerintah dahulu ia mengambil masa berhari-hari yang diperlukan. Setakat ini, pihak kerajaan hanya ingin memfokuskan kepada janji utama untuk memenuhi dan menepati janji mereka kepada rakyat seperti yang telah mereka nyatakan dalam manifesto PH dalam PRU14.

Poster Manifesto PH dalam PRU 14

Tun Mahathir juga berkata kerajaan PH telah membawa kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah dalam proses untuk dibawah Parlimen dan telah memulakan proses menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Antara Janji 100 hari PH yang sedang dalam proses seperti yang berikut:

  1. Harga petrol biasa dikekalkan dengan harga RM2.20 melainkan RON97 yang kurang diguna.
  2. Caruman Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula pada 15 Ogos 2018.
  3. Projek-projek mega yang telah dianugerahkan kepada negara asing telah dimulakan kajian yang lebih terperinci.
  4. MRT (Mass Rapid Transit) yang pada Fasa 3 telah dibatalkan pada 30 Mei 2018.
  5. 3 Jun 2018, projek kereta api East Coast Rail Link (ECRL) telah ditangguhkan.
  6. Projek Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) telah ditangguhkan pada 5 Julai 2018.
  7. Menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum beransur-ansur dalam masa lima tahun bermula.
  8. Skim Peduli Sihat juga diperkenalkan dengan memberi pembiayaan sebanyak RM500 bagi menampung rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40. Memorandum Jemaah Menteri telah disediakan mengenai perkara ini.
  9. Suruhanjaya Siasatan Diraja 1Malaysia Development BHhd (1MDB), FELDA, MARA, dan Tabung Haji tidak dapat dilaksanakan kerana siasatan pelbagai agensi sedang dijalankan dan mahkamah akan tentukan keputusan kes berikut;
  • Siasatan 1MDB oleh Pasukan Khas sejak 21 Mei 2018;
  • Siasatan ke atas FELDA, MARA, Tabung Haji juga telah dimulakan;
  • Kepimpinan 1MDB telah dirombak sejak 28 Jun 2018
  • Kepimpinan FELDA dan Tabung Haji telah dirombak sejak 14 Mei 2018;
  • Jawatankuasa Khas Kabient untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 telah dipersetujui akan dibentuk;
  • Soal pinjaman PTPTN, pemansuhan senarai hitam telah bermula pada 24 Mei 2018 hingga 8 Jun 2018 yang melibatkan 429,945 orang peminjam.
  • Jumlah Pelajar Cemerlang diberi diskaun atau lupus hutang sehingga 31 Mei 2018 ialah seramai 51, 272 peminjam melibatkan amaun sebanyak RM1.56 billion.
  1. Usaha menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA, terdapat tiga mekanisma yang dikenal pasti iaitu:
  • Insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui penyediaan dana banyak RM300 juta untuk lima tahun;
  • Pelupusan hutang tanam semula berjumla RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem Felda melibatkan 90,418 peneroka dengan kos sebanyak RM452 juta;
  • Insentif pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV) melibatkan 77,972 peneroka dengan kos sebanyak RM103 juta.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa mereka telah berjaya memulihkan masalah kerakyatan kaum India dan kaum lain yang memegang Kad Pengenalan Merah berumur 60 ke atas. Hampir 3,500 setakat ini kaum india akan diberi kad Pengenalan Biru.

Sekarang ini kerajaan PH mengamalkan pendekatan yang lebih terbuka serta tidak akan menyembunyikan laporan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pihak, termasuk anggota cabinet. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan 300 cadangan yang diusulkan oleh jawatankuasa telah diterima.

Perdana Menteri dan Menteri Kanan Kabinet Kerajaan PH Julai 2018

Penyataan Tun Mahathir dikuatkan lagi dengan hujahnya yang telah berjaya mendapatkan pengampunan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang telah mereka janjikan. Badan-badan pencegah rasuah dan integriti negara diperkukuhkan lagi dan semua anggota kerajaan serta wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta. Kerajaan baharu sekarang lebih komited untuk menjaga integriti dan tidak mahu rasuah terus berlaku dalam meningkatkan penambahbaikan pentadbiran kerajaan PH.

Tun Mahathir juga mengakhiri perutusannya dengan mengeluarkan penyataan bahawa kerajaan hari ni dalah berdasarkan kehendak rakyat supaya peraturan undang-undang (Rule of Law) dipatuhi.

Tambahnya lagi, “ semua yang telah saya nyatakan bukanlah untuk mempertahankan kerajaan baharu ini tetapi menjurus kepada berkongsi dengan rakyat apakah yang telah kami usahakan sejak 9 Mei tahun ini. Walaupun ramai pemimpin kerajaan hari ini tidak mempunyai pengalaman mentadbir tetapi dalam tempoh 100 hari mereka telah berjaya menunai janji dan memperlihatkan kupayaan mentadbir. Beliau mengakui bahawa“sebagai manusia biasa, kami tidak dapat elak dari melakukan kesalahan. Kami rela ditegur dan tidak akan bertindak kasar mereka yang menegur,” tegasnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here