YB Dato Sri Haji Julaihi Haji Narawi dilantik sebagai Penasihat Persatuan Sejarah Sarawak

0
10
YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti & Telekomunikasi Sarawak menerima kunjung hormat daripada Jawatankuasa Persatuan Sejarah Negeri Sarawak yang diketuai oleh Datu Dr. Sanib Said.
  • Kunjungan tersebut berkaitan urusan Persatuan Sejarah Negeri Sarawak, bagi menyerahkan sijil pendaftaran persatuan kepada YB Dato Sri Haji Julaihi sebagai penasihat persatuan.
  • Persatuan Sejarah Negeri Sarawak ke hadapan merangka penyelidikan dan penerbitan tentang sejarah negeri Sarawak, termasuk sejarah Santubong  sebagai negeri Melayu kedua tertua di dunia berdasarkan perkembangan penyelidikan semasa.

Kuching, 14 Mei 2026 — YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti & Telekomunikasi Sarawak menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Persatuan Sejarah Negeri Sarawak yang diketuai oleh Datu Dr. Sanib Said.

Dalam pertemuan tersebut, beliau amat berbesar hati menerima delegasi Persatuan Sejarah Negeri Sarawak dan menzahirkan penghormatan atas lantikan sebagai Penasihat Persatuan Sejarah Negeri Sarawak.

YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi menerima kunjungan Jawatankuasa Persatuan Sejarah Negeri Sarawak yang diketuai oleh Datu Dr. Sanib Said – AKYBMS

Pertemuan tersebut turut menyaksikan penyerahan sijil pendaftaran persatuan kepada YB Dato Sri Haji Julaihi.

Kehadiran Jawatankuasa Persatuan Sejarah Negeri Sarawak menzahirkan usaha awal badan tersebut untuk menjadi penggerak utama penyelidikan, penerbitan dan pendidikan tentang sejarah negeri Sarawak yang sebenarnya kaya dengan tapak-tapak bersejarah seperti Santubong.

Menurut Pakar Sejarah Sarawak, Datu Dr. Sanib Said, tamadun Santubong salah satunya didapati telah wujud kira-kira 300 tahun sebelum Masihi dalam pada Kedah sebagai negeri Melayu tertua wujud sekitar 500 tahun sebelum Masihi.

“Sejarah yang lama penting untuk menjadikan sejarah kita lebih relevan. Jadi kalau dalam konteks sejarah ini, yang lebih tua lebih bagus” – Datu Dr. Sanib Said

Dalam pada masa yang sama, Sarawak dalam beberapa penelitian pakar sejarah didapati masih terdapatnya naskhah manuskrip Melayu yang belum dikaji atau dikumpulkan dengan mendalam.

Delegasi AKYBMS dan Persatuan Sejarah Negeri Sarawak menyambut positif saranan dan nasihat daripada YB Dato Sri Haji Julaihi dalam pertemuan tersebut.

Ke hadapan, tapak warisan budaya dan sejarah seperti Santubong disasarkan untuk disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia dan sekaligus menjadi pusat pelancongan baharu bagi Sarawak.

Di akhir perjumpaan, AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YB Dato Sri Haji Julaihi menerima kunjungan tersebut.

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here