More
    Home Datuk Hj.Bolhassan Di Jelaskan Persatuan Melayu Sarawak Bukan Badan Politik

    Datuk Hj.Bolhassan Di Jelaskan Persatuan Melayu Sarawak Bukan Badan Politik

    KUCHING (SNN) – Datuk Haji Bolhassan Di, mantan Menteri Muda dalam Kabinet Negeri Sarawak,Yang Dipertua Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dalam Mesyuarat Agung Khas pada 18 Ogos 2018 menjelaskan bahawa PMS bukan badan politik. Ahli-ahli PMS yang datang dari sekitar Bandaraya Kuching telah disertai oleh ahli dari Simunjuan dan Serian.  Mereka telah diraikan dengan Majlis Suaimesra di Hawa Katering, Jalan Astana, Kuching mesyuarat tersebut.

    Wakil Rakyat N6 Tupong

    YB Fazzruddin bin Abdul Rahman, seorang wakil rakyat bagi kawasan N6 Tupong, telah merasmikan mesyuarat dan majlis PMS ini.  Di dalam ucapannya Fazzruddin berasa bertuah kerana dapat bersama pemimpin dan ahli PMS yang telah lama berjuang membela nasib bangsa Melayu Sarawak. Beliau berharap agar PMS dapat terus berjuang bersama-sama memajukan masyarakat Melayu di N6 Tupong dan sekali gus menangani masalah sosial berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan kemiskinan bandar.

    YB Fazarruddin N6 Tupong sedang menyampaikan ucapan perasmian.

    Kawasan N6 Tupong merupakan kawasan bandar yang padat dan rancak membangun.  Sebilangan besar penduduk di sini adalah orang Melayu, Cina dan sedikit orang Dayak.  Penglibatan murid sekolah dalam dadah sangat merisaukan, kata YB Fazarrudin, dan memohon agar semua ibu bapa memainkan peranan dengan tegas.

    PMS Bukan Badan Politik

    Sebahagian hadirin dalam PMS

    Yang Dipertua PMS, Datuk Bolhassan Di, di dalam ucapannya menegaskan PMS yang baharu berusia setahun bukan sebuah badan politik.  Beliau menjelaskan penubuhan PMS tidak memecah-belahkan bangsa Melayu Sarawak seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.  PMS, kata beliau, memberikan bangsa Melayu Sarawak sebuah wadah lagi untuk berkhidmat kepada masyarakt.  Sesuatu yang baik jika banyak akan membawa lebih banyak manfaat daripada keburukan. Masyarakat lain di Sarawak mempunyai lebih banyak lagi persatuan jika dibandingkan dengan bangsa Melayu Sarawak.

    Golongan Warga Emas

    Jika diperhatikan di dalam majlis pada malam itu sebilangan besar ahli PMS yang hadir adalah golongan warga emas lelaki dan wanita.  Golongan muda sangat kurang .

    Sebahagian ahli PMS dalam majlis

    Majlis Tertinggi, 2017-2019

    Pada masa sekarang Majlis Tertinggi terdiri dari: Yang diPertua, Datok Hj Bolhassan Hj Di; Timbalan Yang diPertua, Bujang Boji Bin Sitam; Naib Yang diPertua, Pandi Bin Suhaili; Setiausaha Agung, Abang Hadera Bin Hj Lee;Tim Setiausaha Agung, Hj Adzuddin Hj Materang; Bendahari, Mohd Khusaini Bin Goli; Pen Bendahari, Hj Othman Wen; AJK Biasa, 1. Mohamad Bin Kasim 2. Majeri Bin Hj Li 3. Hj Othman Amin 4. Awg Zamahari Awg Seriee5. Ahmad Bin Hamid 6. Hj Ali Hassan Jajol 7. Husaini Bin Bujang.

    Satu perkara yang menarik tentang PMS ini adalah lagu persatuan yang bersemangat dengan berjudul Sentiasa Berjuang hasil ciptaan  Hj. Hassani Ismail dan muzik oleh Nawi Datuk Fauzi.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...