More
    Home Sarawak Limbang Konvensyen Pendidikan Melayu-Islam Lawas: Anak Luar Bandar Boleh Cemerlang

    Konvensyen Pendidikan Melayu-Islam Lawas: Anak Luar Bandar Boleh Cemerlang

    LAWAS, SARAWAK – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan Seminar Pendidikan Melayu Daerah Lawas bertempat Dewan Seri Sari Hotel Seri Malaysia Lawas. Seramai lebih 200 orang pelajar, ibubapa dan guru daripada sekolah di Lawas telah turut serta.

    Program yang berteraskan kepada penjana motivasi dan mengamit semua lapisan masyarakat untuk membuka ruang pemikiran dalam memajukan diri  dengan mencemerlangkan bidang pendidikan.

    Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib Haji Said memulakan program dengan menyingkap sejarah awal Melayu Sarawak yang merangkumi masyarakat bumiputera Islam di negeri ini yang merupakan sebahagian dari rumpun bangsa Melayu di  Kepulauan Melayu.

    Beliau turut mengajak pelajar, guru dan ibu bapa yang terlibat untuk bangkit menyusur sejarah bangsa dan diri dalam usaha memajukan diri mereka selaras dengan tamadun bangsa itu yang pernah menjadi perhatian dunia.

    RANSANG MINDA… Sanib menyampaikan Ucap Utama

    Seterusnya seminar kali ini membentangkan tiga tajuk penting yang dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, Dr Hassan Hasbollah yang diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, Kadir bin Salleh yang bertajuk Penilaian Pencapaian Peperiksaan Awam Pelajar Melayu-Islam Daerah Lawas.

    Ini diikuti dengan pembentangan untuk kertas kerja kedua yang bertajuk  Pendidikan Ekonomi dan Masyarakat Luar Bandaroleh Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Dr. Hamrila binti Abdul Latip.  Beliau merupakan salah seorang anak Lawas yang telah berjaya mencapai kecemerlangan bidang akademik.

    Seorang lagi anak tempatan, Dr. Sarip Adul, kini Pensyarah Kanan, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah turut tampil dengan pembentangan kertas bertajuk Cabaran Pendidikan Generasi Baharu Era Digital.

    Ramai peserta, khususnya dikalangan ibubapa dan guru berharap program yang murni dan baik anjuran AKYBMS dapat dipanjangkan ke sekolah-sekolah dalam usaha membangkit kesedaran ibubapa dan pelajar. Malahan suntikan motivasi perlu dilakukan secafa berterusan di luar bandar seperti di Daerah Lawas yang kurang mendapat perhatian pertubuhan-pertubuhan lain. Usaha AKYBMS membawa anak tempatan seperti Datu Dr. Sanib Said, Dr. Sarip Adul, Dr. Hassan Hasbollah dan Dr. Hamrila Latif yang telah berjaya itu diharapkan akan menjadi pendorong kecemerlangan masyarakat Melayu-Islam di Daerah Lawas pada masa sekarang.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...