More
    Home Tuan Yang Terutama Pehin Sri Abdul Taib berangkat tunai umrah

    Tuan Yang Terutama Pehin Sri Abdul Taib berangkat tunai umrah

    KUCHING, 11 Mac 2019 (SNN) – Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah berangkat menunaikan umrah ke tanah suci pagi ini. Beliau akan diiringi oleh YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Menteri Muda bertanggungjawab tentang ehwal agama Islam dan isteri.

    Dari kiri – Sanib, Abdul Rahman, Naroden, Mansor dan dua orang lain.

    Ketibaan Tuan Yang Terutama di Lapangan Terbang Kuching pagi tadi telah disambut oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Edagang YB Datuk Naroden Majais dan ketua-ketua jabatan dan orang kenamaan. Antara mereka adalah Dato’ Mansor Man, Setiuasaha Persekutuan; Datuk Abdul Gafur Shariff, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak; Ketua Hakim Mahkamah Syariah dan Datu Dr. Sanib Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...