More
    Home Sarawak Mukah Ekspo Selangkah ke UiTM Menjelajah Sarawak

    Ekspo Selangkah ke UiTM Menjelajah Sarawak

    KOTA SAMARAHAN, 11 MAC 2019 (SNN).  Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi MARA (UITM)  kali ini menjelajah Sarawak apabila ekspo pada tahun ini melibatkan empat kawasan berbeza di seluruh Negeri Sarawak. Antara tempat yang menjadi pilihan pada tahun ini adalah Miri, Sri Aman, Mukah dan juga Samarahan.

    Ekspo yang memasuki edisi ke-10 ini bertujuan bagi membantu para pelajar lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia mahupun Matrikulasi dengan pendedahan untuk membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Program ini juga bermatlamat memberi ruang kepada bakal pelajar UiTM untuk mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti, sambil dibantu oleh para pensyarah dan kakitangan UiTM yang terlibat.

    Program seperti ini dilihat sebagai langkah strategik yang mampu menjadi satu mekanisme terbaik dalam menyalurkan informasi terkini dan tepat kepada bakal pelajar UiTM. Program ini juga turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kursus yang sesuai dengan kelulusan mereka, selain memberi bimbingan dan khidmat nasihat tentang pilihan kursus. Ia sekali gus membantu pelajar agar tidak tersalah membuat pilihan.

    Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada calon pelajar untuk mengetahui lebih mendalam mengenai program pilihan masing-masing, serta mengenali apakah subjek yang akan diikuti termasuk kakitangan dan pensyarah yang terlibat. Ini akan memberikan lebih semangat kepada calon pelajar untuk memulakan pelajaran dan memilih apa jua jurusan yang digemari mengikut kelayakan dan kriteria yang ada agar calon lebih bersedia.

    Program seperti ini dilihat sebagai satu usaha yang bijak dalam mengorak langkah yang lebih bersepadu dan holistik demi mencapai kesarjanaan akademik Bumiputera dalam melahirkan modal insan terbaik. Malahan ia dilihat sebagai langkah strategik yang mampu menjadi satu mekanisme terbaik dalam menyalurkan informasi terkini dan tepat kepada lepasan SPM, Matrikulasi, STPM, ijazah Sarjana Muda dan ijazah Sarjana. Seterusnya dalam masa yang sama, golongan pelajar akan  dapat membuat keputusan tepat dalam memilih program yang sesuai dengan kelulusan akademik dan minat mereka.

    Ibu bapa juga diingatkan agar tidak terlalu tertekan dengan keputusan peperiksaan yang diterima oleh anak-anak mereka sebaliknya perlu mengunjungi ekspo berkenaan bagi mendapatkan khidmat nasihat.

    Ibu bapa juga boleh melayari sistem Selangkah menerusi www.selangkah.uitm.edu.my bagi menyemak kelayakan program anak masing-masing sebagai rujukan sebelum membuat pilihan pengajian. Jadi kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf jangan lupa untuk berkunjung ke Ekspo Selangkah Ke UiTM Sarawak di lokasi-lokasi yang terlibat pada tarikh dan masa yang dinyatakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus pengajian yang disediakan dan bagaimana cara-caranya untuk memohon masuk.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...