Tiga Projek Baru Bantu Majukan Tatau

0
188
Ketua Menteri semasa hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Rakyat Membina Jalan Baru Tatau ke Kuala Tatau dan Menaik Taraf Jalan Kelebu ke Rumah Ado, serta Pelancaran GPS Zon12B, DUN Kakus dan DUN Tamin bertempat di Dewan Sukan Tatau semalam.

TATAU, 30 September 2019 (SNN)- Tiga projek baru yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam bakal membantu serta mengubah Tatau sebagai kawasan yang lebih maju setaraf kawasan lain di negeri ini.

Projek tersebut ialah membina Penapisan Bekalan Air Bersih di Tamin yang bernilai RM62 Juta, projek menaik taraf Jalan Balak dan pembinaan Waterfront Tatau.

YAB Ketua Menteri mengumumkan kesemua projek tersebut semasa hadir  menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Rakyat Membina Jalan Baru Tatau ke Kuala Tatau dan Menaik Taraf Jalan Kelebu ke Rumah Ado, serta Pelancaran GPS Zon12B, DUN Kakus dan DUN Tamin bertempat di Dewan Sukan Tatau semalam.

Kehadiran YAB Ketua Menteri bersama rombongan di sambut oleh lebih tiga ribu rakyat dari DUN Kakus dan DUN Tamin dengan meriah dan mesra serta diiringi sambutan kebudayaan dari semua kaum.

Ketua Menteri disambut meriah oleh lebih tiga ribu rakyat dari DUN Kakus dan DUN Tamin
Ketua Menteri semasa mendengar taklimat 9 buah Projek Rakyat yang dalam pelaksanaan dan perancangan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak Bahagian Bintulu

Acara pertama YAB Ketua Menteri adalah mendengar taklimat 9 buah Projek Rakyat yang dalam pelaksanaan dan perancangan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak Bahagian Bintulu sebelum bergerak ke Dewan Tatau bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran GPS. Kedatangan YAB Ketua Menteri dan rombongan diiringi nyanyian dan sorakan lagu GPS dari semua hadirin.

Dalam ucapannya, YAB Ketua Menteri berkata, kesemua projek ini dilaksana menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Tahun ini GPS memperuntukan RM11 billion iaitu bajet terbesar dalam sejarah untuk membina lebih banyak infrastruktur terutama di kawasan pedalaman seperti Tatau.”

YAB Ketua Menteri berkata, selepas ini kerajaan bercadang untuk menyalurkan kemudahan bekalan air terawat dan elektrik untuk penduduk di pedalaman. “Apabila siap nanti akan mengubah wajah Tatau sebagai sebuah daerah yang maju dan dapat menarik lebih ramai pelancong.”

“Ini tidak mustahil kerana Tatau begitu dekat dengan Bintulu yang ketika ini pesat membangun. Apa yang penting sekarang rakyat di Tatau harus memberikan sokongan dan mandat kepada kerajaan,” katanya. Beliau berkata, semua projek pembangunan yang dilaksanakan menunjukkan GPS ikhlas memberi balik apa yang sepatutnya kepada rakyat.

Ketua Menteri semasa menyampaikan ucapan perasmian

Pada majlis tersebut YAB Ketua Menteri juga telah menyerah surat lantikan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dalam Daerah Tatau.

Hadir sama pada majlis tersebut, YB Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak yang turut berucap mewakili Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Selain itu, turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas anak Embas dan Datuk Profesor Dr Sim Hui Kian, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Awg Mohd Asfia, Awg Nassar, ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai, ADUN Tamin Christopher Gira dan kenamaan lain.

Sumber : GPS,PK Adun Sebuyau, Sarawakku

Julaihi Narawi, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak yang turut berucap mewakili Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here