Gotong Royong Penduduk Kampung Tabuan Hilir Bersama MBKS Wajar Dicontohi

0
536
Dr Hazland bersama sebahagian penduduk Kampung Tabuan Hilir yang hadir sama pada program gotong royong semalam

KUCHING, 01 Oktober 2019 (SNN)– Gotong royong yang diadakan antara penduduk Kampung Tabuan Hilir dan MBKS dalam usaha membersihkan kampung wajar dicontohi kampung-kampung yang lain. Kebersihan, kerjasama dan perpaduan adalah manfaat yang diperolehi hasil daripada permaufakatan penduduk dalam mengadakan program gotong-royong membersihkan kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata manfaat itu adalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dalam hidup bersama di dalam sesebuah kampung.

“Saya menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan penduduk Kampung Tabuan Hilir bersama dengan Majis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam penganjuran gotong-royong ini.

“Inisiatif ini perlu diteruskan secara lebih kerap dan bersistematik serta sukarela dalam memastikan keadaan kampung sentiasa bersih dan terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perasmian Gotong-Royong Kampung Tabuan Hilir di Perkarangan Surau Darul Hajat, semalam.

Walaupun hujan, keadaan ini tidak melemahkan semangat penduduk Kampung Tabuan Hilir untuk turut sama membersihkan keadaan persekitaran kampung.

Dr Hazland turut menekankan aspek kesihatan kepada penduduk lebih-lebih lagi melibatkan penjagaan kebersihan.

“Sebagai sebuah komuniti yang tinggal bersama di dalam kampung, setiap masyarakatnya perlu mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kebersihan.

“Tanggungjawab ini penting untuk kita hindari daripada dijangkiti penyakit dan mencegah penyakit dari terus merebak. “Kampung yang bersih bukan sahaja mencerminkan keperibadian penduduk itu sendiri bahkan memberikan pandangan positif masyarakat luar kepada imej kampung,” ujarnya.

Dr Hazlan semasa berucap di Majlis Pelancaran Program Gotong Royong di Kampung Tabuan Hilir semalam
Dr Hazland turut sama menyertai gotong royong bersama penduduk kampung walaupun dalam keadaan hujan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here