More
    Home Tiga kes kematian covid-19 direkodkan hari ini, Daerah Kuching kembali zon merah

    Tiga kes kematian covid-19 direkodkan hari ini, Daerah Kuching kembali zon merah

    KUCHING, 17 FEBRUARI 2021 (SNN) : Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes kematian melibatkan jangkitan wabak covid-19 menjadikan angka kematian meningkat kepada 65 kes manakala 200 kes baharu dikesan dengan jumlah peningkatan kes sebanyak 7,225 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media memberitahu, tiga kes kematian adalah melibatkan Daerah Kuching, Bintulu dan Sibu. Kes kematian di Daerah Kuching merupakan seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun yang sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak berasal dari Simunjan dan kes ke-64 pula seorang lelaki berusia 74 tahun yang sedang dirawat di Hospital Bintulu. Manakala kes ke-65 melibatkan warga emas di pusat jagaan selepas ditemui tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu dan disahkan meninggal dunia positif covid-19.

    Pecahan kes harian pada hari ini melibatkan 10 daerah iaitu Sibu (102 kes), Kapit (53 kes), Kuching (16 kes), Bintulu (13 kes), Dalat (7 kes), Miri (3 kes), Lundu (3 kes) manakala Kota Samarahan, Beluru dan Belaga masing-masing satu (1) kes.

    Hari ini juga JPBN Sarawak mengisytiharkan satu kluster baharu iaitu Kluster Jan Yong, Kapit selepas terdapat 15 kes positif covid-19 dikesan termasuklah kes indeks dan Daerah Kuching pada hari ini telah kembali bertukar ke status Zon Merah dengan kumulatif 43 kes jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh 14 hari.

    Kenyataan media JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...