More
    Home Sarawak Hayati Semangat Hijrah Bentuk Insan & Masyarakat Cemerlang

    Hayati Semangat Hijrah Bentuk Insan & Masyarakat Cemerlang

    LAWAS (17 Jun): Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Lawas 1448H yang berlangsung di Masjid Islam Darul Ma’mur menyeru umat Islam menghayati makna hijrah sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan peribadi dan masyarakat yang lebih cemerlang.

    Program anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Lawas, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lawas (LAKIL) itu menghimpunkan masyarakat setempat bagi memperingati kedatangan tahun baharu Islam 1448 Hijrah.

    Majlis turut diisi dengan ceramah khas bertajuk Hijrah Jiwa, Hijrah Jasad yang disampaikan oleh Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Sheikh Hadzrei Adam Sebeberi.

    Menurut beliau, sambutan Ma’al Hijrah wajar dijadikan medan muhasabah diri untuk memperbaharui azam, memperkukuh hubungan sesama insan serta meningkatkan amalan dan sumbangan kepada masyarakat.

    Beliau turut mengingatkan umat Islam agar mengambil kesempatan sempena tahun baharu Hijrah untuk menilai kembali amalan dan kehidupan masing-masing serta berusaha memperbaiki segala kelemahan.

    “Hijrah yang sebenar ialah perubahan daripada perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik, sama ada dalam aspek ibadah, akhlak, pekerjaan mahupun hubungan sesama manusia,” katanya. Sumber: EDISI UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT attends Sarawak Hijrah year-end, new year prayer ceremony in Miri

    0
    MIRI (June 17): The Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, accompanied by his wife, Toh Puan Datuk...