More
    Home Peniaga terjejas sepanjang pandemik perlu dibantu-ADUN Demak Laut

    Peniaga terjejas sepanjang pandemik perlu dibantu-ADUN Demak Laut

    KUCHING, 18 FEBRUARI 2021 (SNN) : Penularan pandemik covid-19 gelombang ke tiga di negara ketika ini terus memberi impak terhadap kualiti perniagaan terutama bagi penjaja/peniaga jalanan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, terkesan dengan nasib yang dihadapi oleh peniaga kecil di negeri ini kerajaan Sarawak mengamhil inisiatif dengan mengumumkan beberapa langkah bagi meringankan beban mereka melalui pengumuman Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) seperti bantuan bernilai RM1,500 kepada setiap mereka yang terjejas sejak tahun lepas.

    “Banyak lagi inisiatif yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri dalam BKSS termasuklah baru-baru ini dalam BKSS 5.0 iaitu pelanjutan pemberian diskaun bayaran sewa tapak, pasar dan gerai di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    “Tidak hanya itu, mereka (peniaga) turut diberikan tempoh pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan melibatkan peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu sehingga bulan Jun 2021,” kata beliau ketika ditemui membuat lawatan ke tapak jualan peniaga kecil di Kampung Tabuan Melayu pada Khamis.

    Dr Hazland meninjau tapak perniagaan baharu bagi penduduk Kampung Tabuan Melayu

    Ujarnya lagi, Kerajaan Persekutuan juga turut menyediakan bantuan untuk para peniaga yang terkesan sepanjang pandemik dengan mengumumkan beberapa langkah di dalam Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA), dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...