More
    Home Sarawak Sarikei PKPD; JKM dengan bantuan Bomba serah bantuan bekalan makanan kepada 3 buah...

    PKPD; JKM dengan bantuan Bomba serah bantuan bekalan makanan kepada 3 buah rumah panjang di Julau

    BINTANGOR, 17 FEBRUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sarikei dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada tiga buah rumah panjang di kawasan Julau yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

    Kenyataan media Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor memberitahu, sebanyak 162 pek bantuan makanan telah dihulurkan kepada tiga buah rumah panjang yang mana melibatkan 43 pek kepada Rumah Genta, 68 pek kepada Rumah Mamat dan 51 pek makanan kepada Rumah Runggul.

    Semasa operasi penyerahan makanan dilakukan, seramai lima anggota bomba dari BBP Bintangor dengan menggunakan jentera lori bersama-sama lima orang staf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sarikei terlibat sama menghulur bantuan makanan dengan menggunakan laluan darat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...