Tiga individu ditahan dalam aksi cubaan seludup dan rasuah pihak berkuasa

0
91
Sejumlah wang yang cuba disogok kepada pihak berkuasa bertugas

LUNDU, 20 OKTOBER 2020 (SNN) : Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran sesuai bagi tiga individu yang ditahan ketika cuba untuk menyelinap masuk sempadan Sarawak menggunakan jalan tikus dan seterusnya cuba untuk merasuah pihak berkuasa namun tindakan itu gagal.

Komander Briged PGA Sarawak SAC Mancha Ata berkata, ketika penahanan dilakukan terdapat tiga penumpang warganegara Indonesia yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita itu gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak kami telah memberi amaran keras kepada pemilik kenderaan namun suspek tetap juga menghulurkan wang sejumlah RM1,200 kepada anggota bertugas sehingga membawa kepada penahan kerana cubaan merasuah.

“Hasil daripada operasi terbabit berjaya merampas sejumlah wang RM45,200,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek warganegara tempatan ditahan bersama tiga lagi warganegara Indonesia

Kesemua suspek yang ditahan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Lundu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes terbabit disiasat di bawah Oprang dan Penyeludupan Migran(ATIPSOM 2007), Seksyen 17(B) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 16(1) Akta Imigresen 1959 (Akta 155).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here