SK RPR Astana ditutup selepas pelajar sekolah itu didapati positif Covid-19

0
86
Unggah menjelaskan hal itu semasa sidang media harian Covid-19

KUCHING, 20 OKTOBER 2020 (SNN) : Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat Jalan Astana diarahkan tutup selama seminggu bagi tujuan disinfeksi selepas pelajar sekolah itu didapati positif Covid-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan yang diambil itu adalah disebabkan kes terbabit ada kaitan dengan kluster Bah Arnab di Kuching.

“Penutupan sekolah dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi seperti yang terkandung dalam surat Arahan Penutupan Sekolah kerana pengesahan kes jangkitan Covid-19 daripada Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,” kata Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas dalam satu kenyataan.

Kerja-kerja disinfeksi sedang dilakukan bermula tarikh 19 Oktober 2020

Ujarnya, tempoh penutupan ini adalah mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan meminta agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi perihal penutupan sekolah itu yang hanya dilakukan selama seminggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here