More
    Home Sarawak Betong Kemalangan maut melibatkan dua pelajar SMK Beladin

    Kemalangan maut melibatkan dua pelajar SMK Beladin

    BELADIN, 20 OKTOBER 2020 (SNN) : Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Jalan Beladin-Maludam di sini, petang semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Supt Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang menunggang motosikal bersama rakan dikatakan telah merempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang hendak masuk ke simpang sebelah kanan.

    “Mangsa, Muhammad Aifil Irfan Abdullah, 14, disahkan maut semasa mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Beladin manakala rakan mangsa Azim Arshad Mohamad, 14, cedera parah seluruh badan dan dikejarkan ke Hospital Sarikei.

    “Bagaimanapun pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan akibat daripada pertembungan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, kedua-dua kenderaan terbabit di bawa balik ke Ibu Pejabat Daerah Betong untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...