More
    Home Tiada perintah kuarantin untuk kemasukan ke Sarawak bermula 1 September 2020

    Tiada perintah kuarantin untuk kemasukan ke Sarawak bermula 1 September 2020

    KUCHING, 28 OGOS 2020 (SNN) : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu mesyuarat hari ini telah memutuskan tatacara kemasukan ke negeri Sarawak berkuatkuasa 1 September 2020 ini.

    JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, semua warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) yang masuk ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak lagi perlu menjalani kuarantin berkuatkuasa 1 September ini dan hanya perlu mengisi E-Health Declaration Form (E-HDF).

    Manakala kemasukan dari luar negara, semua warganegara Malaysia yang balik dari luar negara wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah disediakan.

    “Ujian Covid-19 akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada hari ke-2 dan ke-10 dan kos penginapan serta kos ujian covid-19 untuk rakyat Sarawak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

    “Manakala bagi bukan rakyat Sarawak mereka akan membayar sendiri kos kuarantin dan ujian covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media harian.

    Semua operasi penerbangan keluar dan masuk ke Sarawak juga akan beroperasi sepeerti biasa bermula 1 September 2020.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...