Hanya bahasa kebangsaan sahaja di papan tanda-DBKU

0
176
Hanya satu bahsa dibenarkan pada papan tanda di kwsan DBKU-Datuk Bandar

KUCHING, 29 OGOS 2020 (SNN) : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menegaskan hanya penggunaan bahasa kebangsaan dibenarkan pada papan tanda jalan di kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Junaidi Reduan berkata, keputusan mengekalkan penggunaan satu bahasa pada papan tanda itu diputuskan dalam mesyuarat pada Isnin lalu.

“Polisi kita hanya membenarkan penggunaan satu bahasa sahaja untuk nama pada papa tanda yang dipasang di kawasan kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kamera Litar Tertutup (CCTC) kawasan sekitar Lebuh India pada Khamis.

Sebelumnya, tular isu Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) yang bertindak melekatkan tulisan Cina pada papan tanda tanpa kebenaran di sekitar Kuching sehingga mengundang kecaman netizen.

Perbuatan melekat tulisan selain bahsa kebangsaan oleh DAPSY yang tular di media sosial

Tindakan itu dianggap sebagai perbuatan vandalisme serta merupakan kesalahan di bawah Seksyen 103(3), Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996, iaitu kesalahan mencatat nama di papan tanda jalan dan juga By-Law 22, PBT (Kebersihan) By-Law, 1999, iaitu kesalahan salah laku terhadap harta benda PBT atau Kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here