Pasangan kekasih maut motosikal rempuh lori di Asajaya

0
142
Mangsa disahkan maut ditempat kejadian akibat impak daripada rempuhan

KOTA SAMARAH, 28 OGOS 2020 (SNN) : Pasangan kekasih maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori berhampiran premis Mindasar Sdn Bhd, Asajaya di sini, pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Ideham Liza dari Kampung Tambey, 17 tahun manakala seorang lagi mangsa perempuan dari Sadong Jaya dalam perjalanan dari arah Asajaya menuju ke Samarahan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan telah merempuh belakang lori ketika cuba memotong lori yang hendak membelok ke kanan.

Cubaan memotong gagal lalu terpelosok ke bawah lori.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas dari Klinik Kesihatan Asajaya.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes tersebut disiasat di bahawa Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here