Terkejut Dr. Abas Kekal Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

0
1577
Majlis Tertinggi PKMS, 2018-2021 (Gambar: Samsol)

Desas-desus perubahan pemimpin Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dalam mesyuarat agung pada bulan September 2018 terbongkar sebagai permainan politik dalaman sahaja.  Sumber yang dipercayai berkata ahli terkejut penyandang jawatan Yang Dipertua, Dr. Hj. Abas Hj. Abang telah menang tanpa bertanding untuk sekian kali lagi.

Dr. Mohd Abas bin Hj. Abang, Yang Dipertua PKMS

PKMS sebuah persatuan kedua tertua di Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan 3 Tahun Sekali pada 8 September 2018 di Bangunan PKMS, Kuching.  Majlis Tertinggi PKMS untuk tempoh 2018-2011 adalah seperti berikut: Timbalan Yang Dipertua, Dr Wan Ali Bin Tuanku Madhi; Naib-naib Yang Dipertua, Tuan Haji Ahmad Bin Sabu, Encik Junaidi Bin Ganai, Encik Jaafar Bin Sahari, Encik Wan Ramli Bin Wan Salmi, Encik Sahmat Bin Materang; Setiausaha Agung, Tuan. Haji Mohd Zain Abang Ismail; Timbalan-Timbalan Setiausaha Agung, Tuan Haji Abang Sepali Bin Hj Abang Sepawi, Encik Abu Bakar Bin Hassan;  Bendahari, Tuan Ahmad Zainuddin Bin Drahman; Timbalan Bendahari, Puan Hajah Aminah Binti Ramzi.

Majlis Kerja Tertinggi yang lain adalah seperti berikut: Tuan Haji Buang Bin Amat, Encik Sharbini Bin Buang, Tuan Haji Beti@Said Bin Ghapor, Encik Zainori Bin Othman, Encik Samsol Bin Morshidi Bujang, Encik Abdul Rahman Bin Abdul Haddy, Puan Khatijah Binti Hj Kobil, Puan Hajah Kadariah Binti Maleng, Tuan Haji Erwan Bin Leng dan Puan Malati Binti Bakar.

 

PKMS pada asalnya bernama Persatuan Melayu Sarawak (PMS) telah didaftarkan dengan rasmi pada tahun 1939 untuk menjadi persatuan Melayu kedua tertua.  Dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Malay National Union(MNU).  Persatuan Melayu yang pertama adalah Persatuan Melayu Miri (PMM) yang ditubuhkan pada tahun 1936 seperti ditulis dalam buku Politik Melayu Sarawak.  Dari sumber-sumber beberapa orang ahli mengatakan bahawa sambutan ulang tahun ke-80 tahun secara besar-besaran.

Ahli MT baru, En. Samsol Bujang bersama penyokong beliau (Gambar: Samsol)

Sewajarnya PKMS harus dimartabatkan masuk ke dalam arus perdana demi membela bangsa Melayu di Sarawak. Sumbangan besar PKMS adalah menanamkan dan membakar semangat kebangsaan Melayu, Malay nationalism.  Melayu Sarawak adalah bangsa yang pertama menentang penjajahan asing British dengan segala keberanian yang kemudian terjelma dengan kebangkitan Rukun Tigabelas dan Rosli Dhoby.

Sesungguhnya tujuan PKMS pada tahun 1939 seperti dicatatkan dalam passbookdan dirujuk dalam buku Politik Melayu Sarawak adalah seperti berikut: 1. Untuk mengalakkan orang Melayu bekerjasama antara satu dengan lain; 2. Untuk memperbaiki dan mengalakkan pelajaran Melayu, 3. Untuk memelihara kebudayaan dan menjaga kehormatan orang Melayu, 4. Untuk mengalakkan orang Melayu bergiat dalam bidang perniagaan, 5. Untuk menyebarkan pelajaran agama Islam.

PKMS bukanlah sekadar kelab untuk ahli-ahlinya sahaja tetapi untuk membela bangsa Melayu Sarawak seperti yang dimenterikan dalam buku ahli asal.  Sempena usia ke-80 pada tahun 2019, tahun depan, PKMS harus bernai kehadapan dengan gagah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here