More
    Home Sarawak Sarikei Ketua Menteri Sarawak Diugut Bunuh Dalam Facebook

    Ketua Menteri Sarawak Diugut Bunuh Dalam Facebook

    BELAWAI – Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mendedahkan satu ugutan bunuh menerusi laman sosial ‘facebook’. Ketua Menteri Sarawak yang berumur 69 tahun itu tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perjuangan mempertahankan hak-hak Sarawak seperti yang dilaporkan oleh Utusan Borneo pada 8 September 2018.

    Abang Johari telah menghadiri sebuah majlis Perasmian Pesta Belawai 2018 serta Perasmian Pantai Belawai dan Penamaan Tukun Tiruan ‘Reef Ball’ di Perairan Pantai Belawai-Paloh di Kampung Belawai telah berkata,

    “Semalam, di dalam FB ada seseorang mahu membunuh saya. Katanya, bunuhkanlah Ketua Menteri barulah kita aman”

    Walau bagaimanapun, beliau tidak gentar dan takut dengan ancaman yang ditujukan kepadanya malah beliau turut berkata, “ Insya-Allah, saya akan terus mempertahankan hak-hak orang Sarawak walaupun ada ancaman. Ini adalah kerana hidup kita ditentukan oleh Allah SWT. Sebelum malaikat maut mengambil nyawa saya, saya bersama rakan-rakan yang lain akan terus berjuang untuk Sarawak.”

    Menerusi ucapan itu juga, Abang Johari telah menyatakan hasrat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang sentiasa berusaha untuk membangunkan kawasan luar bandar kerana kawasan tersebut merupakan senjata kuat PBB untuk bertahan dalam pemerintahan parti politik mereka. Beliau juga sedar bahawa masalah yang utama yang berlaku di kawasan luar bandar adalah bekalan air.

    “Kita dalam kerajaan negeri tidak dapat menunggu orang Malaya (Kerajaan Persekutuan)… kini kita membuat satu pembangunan bekalan air yang menyeluruh dengan peruntukkan RM2.8 bilion untuk rakyat luar bandar” katanya.

    Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dna Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab.

    Akmal Azlan

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...