Tan Sri Bustari Yusuf masih dalam negara

0
1607
Dakwaan yang berlegar di laman sosial menyatakan Tan Sri Bustari telah pergi ke luar negara adalah fitnah yang cuba digembar-gemburkan, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kuching, 24 Mei (SNN) – Fitnah di beberapa laman sosial mengatakan bahawa Tan Sri Bustari Yusof telah pergi ke luar negara dengan wang puluhan billion adalah tidak benar, menurut adiknya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Mereka cuba menimbulkan syak wasangka. Beliau masih di dalam negara” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau juga menolak fitnah pihak yang menyatakan bahawa Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd telah mengambil RM 4 billion peruntukan projek daripada kerajaan dan tidak membayar kepada kontraktor dan subkontraktor yang terlibat.

Beliau memaklumkan, hingga April tahun ini, sebanyak RM2.54 bilion sudah dibayar kepada kontraktor mengikut terma pembayaran bagi sektor Telok Melano-Sematan.

Beliau turut menjelaskan fitnah di laman sosial bahawa Tan Sri Bustari Yusof telah menerima peruntukan keseluruhan RM 27 billion. Katanya, peruntukan RM27 bilion adalah untuk membina keseluruhan Projek Lebuh Raya Pan-Borneo meliputi 936 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah. Walau bagaimanapun, Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd hanya mendapat RM 12.5 billion bagi membina lebuh raya di bahagian negeri Sarawak sahaja.

Selain itu, Fadillah menafikan terjadi salah laku atau campur tangan dalam projek Pan Borneo, kerana menurut beliau projek berskala besar di Malaysia perlu melalui proses semakan yang betul sehingga melibatkan Jemaah Menteri.

Jelas beliau, Kementerian Kerja Raya hanya bertindak sebagai pemeriksa memantau pematuhan dalam proses pelaksanaan projek terbabit, bukanya berperanan dalam memutuskan pemberian tender projek berkenaan dan ia dipantau jawatankuasa berasingan di peringkat Persekutuan dan pada peringkat Kerajaan Negeri.

Sementara, menurut Fadillah bayaran kepada kontraktor dan PDP dibayar oleh Kementerian Kewangan bukannya oleh Kementerian Kerja Raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here