Jho Low juga yang hancurkan pemimpin Barisan Nasional

0
492
Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diarahkan untuk menyiasat apa-apa yang diterima oleh Jho Low dan keluarganya bersumberkan 1MDB.

Kuala Lumpur, 27 Mei 2018 (SNN) – “Jho Low adalah kunci kepada skandal 1MDB”, tulis salah seorang netizen. “Kalau dapat tangkap dia, seperti dapat tangkap satu cincin yang berkuasa atas yang lain”.

Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Lo pasti sedang mendapati dirinya kini menjadi buruan selepas kejatuhan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari. Beliau pada masa itu dilaporkan oleh The Wall Street Journal sedang berada di pulau peranginan Phuket namun tidak diketahui lokasi seterusnya hendak dituju.

Dia yang menjadi suspek kepada skandal terbesar di dunia bersama Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menjadi individu dikehendaki juga tidak lagi dapat menggunakan dana daripada 1MDB untuk dibelanja. Kehidupan mewah dilaporkan oleh banyak akhbar-akhbar antaranya bersama dengan selebriti Leonardo DiCaprio, Paris Hilton dan kerap berparti di beberapa tempat hiburan mewah. Kemewahan dipercayai ramai adalah bersumberkan dana 1MDB meskipun Jho Low tidak mempunyai apa-apa jawatan rasmi dalam syarikat 1MDB.

Kes 1MDB menjadi semakin hangat apabila sebuah kapal layar mewah disyaki digunakan Jho Low hasil daripada manipulasi dana 1MDB telah dirampas oleh penguatkuasa Indonesia di Bali.

Dalam pada itu, kemenangan Pakatan Harapan yang sekian lama menjanjikan akan membuka kembali siasatan terhadap kes 1MDB menjadi hal yang paling ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Keupayaan kerajaan membawa kembali individu berusia 36 tahun di kembali ke Malaysia pastinya akan membantu siasatan skandal telah mencemarkan reputasi Malaysia di mata dunia.

Bekas pegawai penyiasat Kanan SPRM percaya, Jho Low adalah individu disebalik kebuntuan siasatan 1MDB terdahulu.

Datuk Abdul Razak Idris, bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia percaya, kebuntuan siasatan terdahulu yang hingga menyaksikan  Datuk Seri Mohd Shukri Abdullmelarikan diri’ ke Amarika Syarikat didalangi oleh individu berusia 36 tahun itu.

“Dia mesti ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia supaya kita dalam mengembalikan semua duit-duit Malaysia yang disimpan di luar negara”, katanya.

Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14

Kehidupan Jho Low sekarang sudah tentunya berlainan dengan kemewahan kehidupannya terdahulu. Hubungan rapatnya dengan pemimpin Malaysia terdahulu dikatakan bermula semasa beliau belajar di sekolah elit British, Harrow School. Persahabatan berliau dengan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz sejak itu semakin erat.

Jho Low kemudianya berpindah ke New York, dan ketika itu, kehidupan mewahnya semakin banyak dilaporkan oleh media terutama media-media sosial.

Tindakan Amarika Syarikat

Pihak berkuasa Amarika Syarikat merupakan pihak pertama yang mengambil tindakan ke atas Jho Low. Mereka telah merampas sejumlah US$ 400 million (RM 1.6 billion) daripada dana yang dikatakan dihantar ke sana dengan pertuduhan “dana yang digunakan untuk salah guna oleh Low dan rakan-rakanya.”

Selain itu, Jabatan Keadilan Amarika Syarikat (Department of Justice), menyatakan sebahagian daripada dana berkenaan telah dicuri dengan jumlah sebanyak US$4.5 billion dengan pengetahuan Najib Razak menurut malaymail.com.

Selain layar mewah, turut dilaporkan dibeli oleh Jho Low ialah lukisan Monet, Van Gogh, banglo mewah dan beberapa hadiah mewah kepada selebriti termasuk DiCaprio dan model Australia, Miranda Kerr.

Dalam satu temu bual bersama akhbar Star, Jhow Low berkata, “Pada akhirnya, saya adalah rakyat Malaysia, saya tidak akan melupakan negara saya dan banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk Malaysia”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here