Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim letak jawatan

0
930
Tabung Haji dalam satu kenyataan media hari ini telah memaklumkan menerima surat perletakan jawatan oleh bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah dilaporkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji beberapa hari selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihanraya Umum Ke-14.

Ketika ditanya oleh wartawan The Star, beliau memaklumkan, “Memang saya dah letak (jawatan Pengerusi TH) hari tu (selepas BN kalah) dah betullah tu. Lepas tarikh itu (9 Mei), saya beri pada legal (bahagian undang-undang TH).

Tambahnya lagi, “Saya ikut cara selamat, sama letak jawatan. Saya serah pada bahagian perundangan TH, dia kena bagi (surat letak jawatan) pada menteri. Kerajaan baharu tak nak (wakil) kerajaan lama, kita kena hormatlah, letak semua jawatan, bagi surat”

Dalam pada itu, pihak Lembaga Tabung Haji telah mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan bahawa telah menerima “Lembaga Tabung Haji mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Tabung Haji”.

Untuk rekod, Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji pada 1 Julai 2013.

Dalam perkembangan terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu hartanah dikaitkan dengan Azeez di Subang Jaya, Selangor dan Kedah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai pemeriksaan berkenaan dan rampasan keseluruhan RM500,000 diperoleh dari tiga lokasi yang diperiksa dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Tambah beliau, selain wang tunai, SPRM turut merampas jam serta pelbagai mata wang asing.

Ketika ditanya mengenai rampasan berkenaan Abdul Azeez berkata, sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh SPRM dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin selain sebahagiannya adalah peruntukan perbelanjaan UMNO Bahagian Baling.

“Wang berkenaan adalah untuk perbelanjaan ke Gaza, Palestin yang dirancang selepas PRU-14 manakala wang yang dirampas di Baling pula adalah milik UMNO Bahagian Baling dan sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Kenyataan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here