Suntikan Vaksin Anti-rabies Secara Percuma di 15 Lokasi Sekitar Kuching

0
1020
Pemilik haiwan khususnya anjing dan kucing digesa untuk mendapatkan vaksin anti-rabies secara percuma bagi haiwan peliharaan masing-masing bermula 24 April ini di lokasi sekitar bandaraya Kuching

Kuching, 18 April 2019 (SNN)– Suntikan vaksin anti-rabies secara percuma akan diadakan di beberapa tempat sekitar bandaraya Kuching selama tujuh hari bermula 24 April ini hingga 30 April dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Sebelum ini keutamaan bagi kempen suntikan vaksin anti-rabies ini cuma diberikan kepada anjing sahaja, manakala bagi lain-lain haiwan peliharaan, pemiliknya diminta pergi terus ke Jabatan Perkhidmatan Verterinar pada waktu pejabat untuk mendapatkan suntikan secara percuma, Namun kini suntikan vaksin ini telah diperluaskan dengan dibuka kepada semua haiwan peliharaan mengikut lokasi seperti yang dinyatakan.

Dalam perkembangan yang sama pada minggu lepas, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sebanyak 1,331 anjing menerima suntikan., di mana pada masa yang sama, sebanyak 1,271 anjing terbiar telah dihapuskan

“Secara keseluruhannya operasi itu berjaya dalam mencapai objektifnya iaitu untuk memberi suntikan vaksin anti-rabies kepada 100 peratus populasi anjing (peliharaan) dan menghapuskan anjing terbiar dan setakat ini, kita telah mencapai 73%, kata Douglas Unggah.

Justeru pemilik haiwan khususnya anjing dan kucing digesa untuk mendapatkan vaksin bagi haiwan peliharaan masing-masing pada kadar yang segera. Mereka boleh mendapatkan vaksin anti-rabies untuk haiwan peliharaan mereka di beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kuching seperti berikut :

💉 24/4/19
1. SK Green Road (9:00 am ~ 6:00 pm)
2. Carmelite Chapel (9:00 am ~ 6:00 pm)

💉 27/4/19
1. KPCA Kenyalang Community Hall (9:00 am ~ 6:00 pm)
2. Dewan Masyarakat Padungan (9:00 am ~ 6:00 pm)

💉 28/4/19
1. Tabuan Foochow (9:00 am ~ 6:00 pm)

💉 29/4/19
1. Tabuan Jaya Recreation Park (9:00 am ~ 6:00 pm)
2. Multi-Purpose Hall, Kempas Height (9:00 am ~ 6:00 pm)
3. Dewan Serbaguna, Kampung Tabuan Lot (9:00 am ~ 6:00 pm)

💉 30/4/19
1. Pondok Polis Hui Sing (9:00 am ~ 6:00 pm)
2. Taman Hui Sing, Lorong 5 (9:00 am ~ 6:00 pm)
3. Taman Seng Goon (9:00 am ~ 6:00 pm)
4. Hui Sing Garden Community Centre (9:00 am ~ 6:00 pm)
5. Taman Sahabat (9:00 am ~ 6:00 pm)
6. Dewan Persatuan Masyarakat, Stampin (9:00 am ~ 6:00 pm)
7. Taman Daya (9:00 am ~ 6:00 pm)


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here