Jambatan Kampung Sileng Melayu Bernilai RM220K Mudahkan Penduduk Jalani Kehidupan Seharian

0
780
Hajah Jamilah mendengar taklimat berhubung pembinaan Jambatan Kampung Sileng Melayu bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor yang dilantik

Lundu, 17 April 2019 (SNN)– Projek Pembinaan Jambatan Kampung Sileng Melayu yang bernilai RM220 ribu akan memudahkan penduduk dalam kehidupan seharian. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu YB Datin Patinggi Datuk Hajah Jamilah Haji Anu berkata demikian semasa menyaksikan penyerahan Projek Jambatan Kampung Sileng di antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor yang dilantik. 

Tempoh selama 8 minggu atau dua bulan ditetapkan bagi pembinaan Jambatan Kampung Sileng Melayu.Hajah Jamilah berkata tempoh masa ini adalah yang terbaik bagi membolehkan Jambatan Kampung Sileng Melayu dapat disiap dan digunakan penduduk apabila siap kelak.”Saya dimaklumkan tempoh masa 8 minggu atau dua bulan telah ditetapkan kepada kontraktor yang dilantik bagi menyiapkan projek Jambatan Kampung Sileng Melayu.

Hajah Jamilah ketika melakukan tinjauan Projek Kerajaan Sarawak, Rural Transformation Project (RTP), baik pulih Pontoon Nelayan Kpg Sileng Melayu hari ini

Dalam pada itu, Hajah Jamilah turut mengumumkan peruntukan tambahan bagi membuat landskap di jambatan tersebut agar nampak cantik.”Untuk lebih nampak cantik dan menarik, saya akan menambah peruntukan bagi membuat landskap pada waktu malam.Ini sekaligus membolehkan jambatan itu sebagai daya tarikan pengunjung luar dan kemudahan penduduk,” tambahnya.

Pada hari yang sama Hajah Jamilah turut membuat lawatan dan tinjauan ke beberapa Projek Kerajaan Sarawak, Rural Transformation Project (RTP) di sekitar kawasan Lundu. Ini termasuklah projek baik pulih Pontoon Nelayan Kpg Sileng Melayu, projek bina baru Dewan Kpg Stunggang Melayu Baru, dan projek bina baru Dewan SK Stunggang Lundu.

Hajah Jamilah ketika melakukan tinjauan ke atas Projek Kerajaan Sarawak, Rural Transformation Project (RTP), bina baru Dewan Kpg Stunggang Melayu Baru

Beliau kemudiannya turut melakukan penyerahan geran tahunan MRP 2019 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sg Belian Lundu bernilai RM5,000 ribu kepada KK Anne Suda. Dalam majlis yang sama beliau juga turut membuat tinjauan dan mengedar baju dan bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Hadir sama, Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Lundu Sahrul, Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norhasikin Ibrahim, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Lundu Harey dan Ketua-ketua Masyarakat.

Tinjauan Projek Kerajaan Sarawak, Rural Transformation Project (RTP), bina baru Dewan SK Stunggang Lundu hari ini oleh Hajah Jamilah. Projek di jangka siap pada Jun 2019
Hajah Jamilah turut membuat tinjauan dan mengedar baju dan bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here