More
    Home Sarawak Samarahan Suntikan Vaksin Anti-rabies Secara Percuma Dari Rumah ke Rumah Lokasi Sekitar Daerah...

    Suntikan Vaksin Anti-rabies Secara Percuma Dari Rumah ke Rumah Lokasi Sekitar Daerah Simunjan

    Kuching, 19 Jun 2019 (SNN)– Suntikan vaksin anti-rabies secara percuma akan diadakan di beberapa tempat sekitar Daerah Simunjan selama empat hari bermula 20 Jun ini hingga 23 Jun ini dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

    Sebelum ini keutamaan bagi kempen suntikan vaksin anti-rabies ini cuma diberikan kepada pemilik anjing yang mana pemiliknya diminta pergi terus ke Jabatan Perkhidmatan Verterinar pada waktu pejabat untuk mendapatkan suntikan secara percuma. Namun kini suntikan vaksin ini telah diperluaskan mengikut lokasi seperti yang dinyatakan dan dilakukan secara rumah ke rumah.

    Dalam perkembangan yang sama pada bulan lepas, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sebanyak 1,331 anjing menerima suntikan., di mana pada masa yang sama, sebanyak 1,271 anjing terbiar telah dihapuskan

    “Secara keseluruhannya operasi itu berjaya dalam mencapai objektifnya iaitu untuk memberi suntikan vaksin anti-rabies kepada 100 peratus populasi anjing (peliharaan) dan menghapuskan anjing terbiar dan setakat ini, kita telah mencapai 73%, kata Douglas Unggah.

    Justeru pemilik haiwan khususnya anjing khususnya digesa untuk mendapatkan vaksin bagi haiwan peliharaan masing-masing pada kadar yang segera. Jadual suntikan vaksin dari rumah ke rumah untuk Daerah Simunjan adalah seperti berikut :


    🏠 💉KHAMIS : 20/6/19

    PAGI : 9.00 PG ~ 12.00 TGH
    1. Kpg. Tungkah Dayak
    2. Kpg. Arus Iban
    3. Kpg. Bajong Hilir / Tengah
    4. Kpg. Sungai Lumut
    5. Kpg. Skitong
    6. Kpg. Lidong
    7. Kpg. Tambai
    8. Kpg. Sangki 
    9. Kpg. Senayan

    PETANG : 2.00 PTG ~ 5.00 PTG
    1. Kpg. Beliong Hulu / Hilir
    2. Kpg. Raba
    3. Kpg. Mambai
    4. Kpg. Sungai Rama
    5. Kpg. Pekan Sebuyau
    6. Kpg. Sungai Buluh
    7. Kpg. Jeragam
    8. Kpg. Engtanggor
    9. Kpg. Kesindu

    🏠 💉 JUMAAT: 21/6/19

    PAGI : 9.00 PG ~ 12.00 TGH
    1. Ensengei Iban
    2. Kpg. Pantong Iban
    3. Kpg. Sedilo
    4. Kpg. Sungai Indai
    5. Kpg. Sega
    6. Kpg. Kedumpai
    7. Kpg. Kepayang & Ladang Timrest Kepayang
    8. Kpg. Batu Pengasah
    9. Kpg. Munggi Ai
    10. Kpg. Sengkalan Pasir

    PETANG : 2.00 PTG ~ 5.00 PTG
    1. Kpg. Semelap
    2. Kpg. Keniong
    3. Kpg. Tebuan & Ladang Simunjan
    4. Kpg. Sekedu
    5. Kpg. Gunung Ngeli
    6. Kpg. Tegelam
    7. Kpg. Sual
    8. Kpg. Temiang 
    9. Kpg. Sungai Raya

    🏠 💉 SABTU : 22/6/19

    PAGI : 9.00 PG ~ 12.00 TGH
    1. Kpg. Simunjan Jaya
    2. Kpg. Pentek
    3. Kpg. Batu Mumong
    4. Kpg. Emplas
    5. Kpg. Melanjok
    6. Kpg. Sungai Lingkau
    7. Kpg. Tg Sap
    8. Kpg. Benat Hilir
    9. Kpg. Benat

    PETANG : 2.00 PTG ~ 5.00 PTG
    1. Kpg. Benat Hulu
    2. Kpg. Triboh
    3. Kpg. Lebor
    4. Kpg. Kuala
    5. Kpg. Kanchong Baru
    6. Kpg. Hulu Gedong
    7. Kpg. Renum
    8. Kpg. Kuala Ulu
    9. Kpg. Spaoh Jaie

    🏠 💉 AHAD: 23/6/19

    PAGI : 9.00 PG ~ 12.00 TGH
    1. Kpg. Blau
    2. Kpg. Munggu Lalang
    3. Kpg. Gayau Mawang
    4. Kpg. Tinting Tuba
    5. Kpg. Gayau Padok
    6. Kpg. Sibau Rimbau
    7. Kpg. Samalatong
    8. Kpg. Simpang Punda
    9. Kpg. Sebangkoi Lama

    PETANG : 2.00 PTG ~ 5.00 PTG
    1. Kpg. Sebangkoi Jaya
    2. Kpg. Sebangkoi Gerugu
    3. Kpg. Sebangkoi
    4. Kpg. Giam
    5. Kpg. Mawang Ai
    6. Kpg. Mawang Lama
    7. Kpg. Isu Sadia 
    8. Kpg. Isu Lama
    9. Kpg. Isu Jaya

    1.Vaksin akan berkesan 28 hari selepas suntikan diambil 

    2. Vaksin anti-rabies perlu dilakukan setiap tahun 

    3. Sila bawa Kad Pengenalan semasa pemvaksinan

    Lokasi suntikan vaksin anti-rabies kali ini dilakukan di sekitar Daerah Simunjan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...