More
    Home Permohonan Feri Tanjong Embang Kampung Beradek, Semilang Dan Tiang Api Kini Dalam...

    Permohonan Feri Tanjong Embang Kampung Beradek, Semilang Dan Tiang Api Kini Dalam Peringkat Kajian Keselamatan Laluan Sungai

    KUCHING, 19 Jun 2019 (SNN)- Permohonan Feri Tanjong Embang Kampung Beradek, Semilang Dan Tiang Api kini dalam peringkat kajian keselamatan laluan sungai. Ini dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni semasa bersama rombongan ke Kampung Beradek untuk menghadiri sambutan Ramah Tamah Aidilfitri DUN Demak Laut.

    Dr Hazland ke Kampung Beradek bersama rombongan selepas berada di Kampung Semilang. Seperti di Kampung Semilang, di Kampung Beradek juga Dr Hazland turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya, anak yatim dan mereka yang menghidap penyakit kronik. Turut disampaikan ialah insentif kepada pelajar yang berjaya melanjutkan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

    Dalam ucapannya, beliau telah menjelaskan kepada penduduk bahawa permohonan Feri Tanjong Embang bagi penduduk yang tinggal di Kampung Beradek, Semilang dan Tiang Api kini dalam proses kajian keselamatan laluan sungai.

    “Permohonan feri kita telah kemukakan kepada Kerajaan Sarawak, dan dalam peringkat pertimbangan untuk kelulusan. Sekarang ini pakar perunding yang dilantik Kerajaan Sarawak sedang membuat kajian keselamatan laluan sungai. Kajian ini bertujuan meneliti dan menilai kesesuaian dan keselamatan lokasi yang dicadangkan sebelum keputusan dibuat”.

    “Marilah kita sama-sama berdoa agar kajian ini berjaya dan permohonan feri dapat diluluskan serta diadakan dengan cepat,” katanya semasa berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN Demak Laut di Kampung Beradek, semalam.

    Hadir sama Penghulu Bolhassan Ibrahim, Ketua Kaum Sedi Jenis dan Ketua PBB Ranting Beradek Ismail Sait.

    Dr Hazland semasa menyampaikan ucapan pada sambutan Ramah Tamah Aidilfitri DUN Demak Laut di Kampung Beradek
    Antara sebahagian tetamu yang hadir pada sambutan Ramah Tamah Aidilfitri DUN Demak Laut di Kampung Beradek

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...