More
    Home Sarawak Samarahan Summer Programme Anjuran UNIMAS Berjaya Tarik Pelajar dari Universiti Yunnan China

    Summer Programme Anjuran UNIMAS Berjaya Tarik Pelajar dari Universiti Yunnan China

    KUCHING, 29 Julai 2019 (SNN)- Baru-baru ini Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Summer Programme dan berjaya menarik pelajar daripada Universiti Yunnan, China.

    Seramai 30 pelajar dari Universiti Yunnan dan diiringi oleh dua orang pensyarah telah mengikuti Summer Programme UNIMAS yang bertemakan kenali Budaya, Nikmati Alam dan Lasak. Program ini berlangsung selama 10 hari bermula 14-23 Julai yang lepas.

    Menurut Haji Azlan Ramli, Pengarah Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa (UNIMAS Global), UNIMAS akan menerima tiga kumpulan delegasi untuk Summer Programme tahun ini.

    Ini adalah merupakan Program Mobiliti Inbound yang direka khas oleh UNIMAS kepada pelajar antarabangsa dengan menawarkan pembelajaran yang pelbagai menerusi program yang disediakan. Ia membolehkan peserta program ini menimba pengalaman dan mengenali budaya Sarawak pada masa yang sama.

    Bagi pelajar Universiti Yunnan ini pula merupakan dari pelbagai program akademik dan menyertai program ini untuk mendapatkan pengalaman dan mengenali budaya dan alam semula jadi di Sarawak selain berinteraksi dengan Pelajar UNIMAS dan komuniti setempat.

    Para pelajar bersama para staf UNIMAS menyertai beberapa aktiviti tanggungjawab sosial bersama warga SK St Patrick Semadang, Padawan dan komuniti setempat. Foto : UNIMAS Global
    Aktiviti mengecat dinding sekolah di SK St Patrick Semadang, Padawan telah dilakukan oleh para pelajar Yunnan. Foto: UNIMAS Global

    Antara aktiviti budaya yang dijalankan adalah lawatan, sesi kelas interaktif dan bengkel kraftangan bersama pelajar UNIMAS. Lawatan termasuklah lawatan ke Kampung Budaya Sarawak, Fort Margherita, tebingan Kuching (Kuching Waterfront) dan muzium di sekitar Kuching.

    Selain itu, untuk program menikmati alam dan cabaran, delegasi ini telah dibawa mendaki ke Taman Negara Bako. Pelajar–pelajar Yunnan ini turut menyertai bengkel penyediaan makanan “asal” Sarawak dan juga bengkel kraftangan membuat aksesori menggunakan manik Sarawak.

    Manakala program bersama Komuniti, pelajar-pelajar ini bersama-sama UNIMAS menyertai beberapa aktiviti tanggungjawab sosial bersama warga SK St Patrick Semadang Padawan dan komuniti setempat.

    Azlan turut menyatakan program ini adalah peluang terbaik dalam kepada peserta untuk mendalami budaya dan menikmati alam semulajadi di Sarawak. Selain itu ia sejajar dalam mempromosi Tahun Melawat Sarawak 2020.

    Sekumpulan pelajar dari Universiti Yunnan semasa perjalanan dalam bot ke Taman Negara Bako. Foto : UNIMAS Global
    Pelajar Yunnan merakamkan gambar sejurus selesai aktiviti mendaki di Taman Negara Bako. Foto : UNIMAS Global

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...