Pemimpin N40 Kabong, Mohd Chee Kadir Sentiasa Turun Padang

0
1143
Mohd Chee Kadir menyerahkan cek berjumlah RM10, 000 kepada wakil Majlis Guru Besar Saratok, Puan Norila Bt Ghani bertempat di Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong.

KABONG, 01 Ogos 2019 (SNN) – Pemimpin N40 Kabong, Yang Berhormat Mohd Chee Kadir sentiasa turun padang kerana menurut beliau aktiviti turun padang oleh pemimpin kawasan adalah merupakan amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim  bagi memastikan penduduk setempat dan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Menurut Mohd Chee Bin Kadir , tidak timbul isu pemimpin hanya turun padang dan muncul mendekati rakyat ketika musim pilihan raya sahaja, ujarnya.

“Pemimpin perlu turun padang dan bekerja dengan sepakat dengan melakukan perbincangan dengan rakyat sekiranya mendapati wujud satu-satu permasalahan dan kesulitan di kawasan,” katanya semasa menziarahi jenazah Allahyarham Tuan Haji Hassan Bin Wang di kediaman Allahyarham di Kampung Simpang 4, Kabong semalam.

Mohd Chee Kadir berkata pemimpin dan rakyat di sesuatu kawasan perlu mempunyai kesepakatan yang erat. Ini boleh dilakukan apabila pemimpin rajin turun padang melawat rakyat termasuklah menghadiri majlis kenduri, program anjuran masyarakat kampung, sekolah, dan sebagainya. Malah setiap permasalahan yang wujud dibincang bersama agar setiap pembangunan yang diperlukan dapat disalurkan kepada rakyat.

Sarawak adalah sebuah negeri yang berkeluasan 124,450 kilometer persegi bersamaan dengan jumlah keluasan 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia, sekaligus menyukarkan kerajaan untuk menyalurkan pembangunan secara serta-merta. Bagaimanapun, katanya kerajaan tetap berusaha memberikan pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan rakyat pula harus faham bahawa pemimpin sentiasa bekerja untuk mengenal pasti setiap keperluan mereka. Keperluan dan pembangunan diperlukan rakyat itu akan disalurkan mengikut keutamaan dan keperluan mendesak, ujarnya lagi.

Sebelum itu dalam majlis yang berasingan Mohd Chee Kadir  telah menyampaikan cek berjumlah RM10, 000 kepada wakil Majlis Guru Besar Saratok, Puan Norila Binti Ghani bertempat di Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong.

Mohd Chee Kadir turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham Tuan Haji Hassan Bin Wang di kediaman Allahyarham di Kampung Simpang 4,Kabong semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here