38 Pasukan Sertai Kejohanan Badminton Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak Tahun 2019

0
141
Sebahagian pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak Tahun 2019 (Foto : PDRM Sarawak)

Kuching, 27 Julai 2019 (SNN) – Kejohanan Badminton Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak Tahun 2019 yang telah berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya selama empat hari mulai 24 Julai lalu sampai penghujungnya hari ini dengan majlis penutupan yang dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Azman Bin Yusof, Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Kejohanan Badminton Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak kali ini telah disertai oleh 28 pasukan beregu lelaki dan 10 pasukan beregu wanita yang mana melibatkan penyertaan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Briged PGA/BN 11, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Kuching, Batalion 10 PGA, Pasukan Gerakan Udara, PULAPOL Kuching dan Ibu Pejabat Polis Daerah dari seluruh negeri Sarawak.

YDH CP Dato’ Azman Bin Yusof, Pesuruhjaya Polis Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur sukan badminton kontinjen sarawak yang diketuai oleh ASP Zuraidi bin Sidek di atas iltizam serta komitmen yang tinggi telah berjaya merealisasikan penganjuran kejohanan sukan badminton.

Turut hadir pada Majlis Penutupan Kejohanan Badminton Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak Tahun 2019 itu YBhg Datin Fatimah Binti Ismail, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak yang juga isteri kepada YDH CP Dato’ Azman Bin Yusof, Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH SAC Dato’ Muhammed Hasbullah Bin Ali, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sarawak, YDH SAC Azman Bin Omar, Ketua Cawanagn Khas Kontinjen Sarawak serta Supt Ismail Bin Mahmood, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Kepolisan Am) yang juga selaku pengelola sukan badminton Kontinjen Sarawak.

Juara Berpasukan Lelaki daripada Pasukan PULAPOL bergambar kenangan bersama hadiah kemenangan (Foto : PDRM Sarawak)

Berikut adalah senarai juara mengikut kategori :-

Beregu Campuran: Juara – Kpl Awg Jib Bin Eseng dan Puan Maria Ura (Batalion 10 PGA)

Beregu Wanita: Juara – Puan Haliah Binti Ali (Limbang) dan Puan Maria Ura (Miri)

Beregu Veteran 50: Juara – ASP Mohd Ibrahim Bin Jalaludin (Kota Samarahan) dan Kpl Mazlan Selamat (Bintulu)

Beregu Veteran 45: Juara – Kpl Abg Suffian Bin Abg Masagus dan Kpl Sahudie Bin Igal (Sri Aman)

Beregu Terbuka Lelaki: Juara – Kpl Adiza Bin Taha (PPM) dan Kpl Awg Jib Bin Eseng (Batalion 10 PGA)

Beregu Pegawai Kanan: Juara – ASP Ooi Jin Bing dan Insp Wong Shung Ming (Kuching)

Perseorangan Lelaki: Juara – L/Kpl Mohd Sazali Mad Hainal (PULAPOL). Sumber- PDRM Sarawak

Juara Berpasukan Wanita bergambar kenangan bersama hadiah kemenangan ( Foto : PDRM Sarawak)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here