Sultan Tengah, Sarawak Darul Hana Dimartabatkan Lagi

0
895
Sultan Tengah ditabal sebagai Sultan Sarawak Darul Hana

Sultan Tengah telah dimartabatkan lagi dalam sebuah teater muzikal yang pertama di negeri Sarawak dengan persembahan yang pertama pada malam 21 September 2018. Dari segi teknikal teater muzikal ini layak mendapat pujian dan begitu juga dengan keberanian Puan Norhayati Bidin sebagai Penerbit dan Saudara Zakaria Ali Hassan sebagai Pengarah.  Bagaimanapun beberapa orang sejarawan mempertikaian beberapa fakta sejarah.

Bahtera Sultan Tengah di Santubong

Malam pertama ini telah mendapat sambutan yang menggalakan walaupun sebuah persembahan yang berbayar diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching. Tetamu kehormat pada malam ini adalah YB Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak; Datuk Hj. Abang Abdul Wahap Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara dan YB Datuk Fadhillah Yusof.

Sultan Tengah telah ditabalkan sebagai Sultan Sarawak Darul Hana sekitar tahun 1599. Kekandanya Sultan Abdul Jalil Akbar di Negeri Brunei Darussalam telah menganugerahkan Sarawak setelah Pengiran Tengah mencabar kesahihan kekandanya ditabal sebagai sultan.  Selepas menyusun pentadbiran Negeri Sarawak, Sultan Tengah yang masih berusia 20 tahun, telah belayar ke Negeri Johor untuk bertemu dengan Raja Bonda.  Dalam pelayaran pulang bahtera Sultan Tengah telah

Sultan Tengah di Johor

dipukul ribut dan terdampar di Negeri Sukadana di Kalimantan Barat.

Di Negeri Sukadana baginda telah dilayan dengan baik dan kemudian berkahwin dengan seorang puteri.  Mereka telah mendapat beberapa orang cahaya mata.  Kerana kepintarannya, Sultan Tengah telah menjadi Sultan Sambas. Baginda memerintah Negeri Sambas selama 30 tahun sebelum kembali ke Sarawak.  Setibanya di Santubong baginda telah diserang ketika ke sungai besar di sebalik Batu Buaya.  Baginda telah cedera parah tetapi tidak mangkat ketika itu juga.  Dalam keadaan demikian dalam sejarah Negeri Sarawak Datuk Patinggi telah dilantik memangku tugas-tugas sehinggalah baginda mangkat tujuh tahun kemudian dan dimakamkan di kaki Gunung Santubong.

Arya Mangkurat Majapahit

Sebenarnya riwayat Sultan Tengah ini telah pertama kali dipentaskan oleh gandingan penerbit dan pengarah yang sama, iaitu Norhayati dan Zakaria pada tahun 1996. Pada tahun 2016 sebuah Bangsawan Sultan Tengah pula telah pentaskan hasil kerjasama Datu Dr. Sanib Said selaku Penasihat, Dr. Hazami Jahari, Penasihat 2, Sdr. Azuan Jemat, Penulis Skrip dan Wahab sebagai Pengarah dengan kerjasama Astana, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak.

Norhayati dan Zakaria mentafsirkan Sultan Tengah sebagai sebuah tragedi dalam kedua-dua pementasan mereka. Sanib dan Azuan, sebagai sejarawan mentafsirkan Sultan Tengah sebagai sebuah epik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here